Selasa, Disember 24, 2013

Memang suka hati la Anak Kesayangan Si Ketua Penipu tu!!!
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan berhubung petisyen pilihan raya bagi empat kerusi parlimen dan membenarkan rayuan bagi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tiga kerusi parlimen.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel lima anggota terdiri daripada hakim-hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, menolak rayuan bagi kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mahkamah menolak rayuan oleh dua pengundi, Mat Ismail Nasir (Sungai Besar) dan Muhammad Rashid Muhammad Kasim (Kuala Selangor), berhubung keputusan mahkamah pilihan raya, sekali gus mengekalkan kemenangan Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor) daripada Barisan Nasional (BN).

Dalam keputusan sebulat suara, Md Raus berkata mahkamah tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan mahkamah pilihan raya yang telah menolak petisyen itu.

Mahkamah turut memerintahkan dua perayu, Mat Ismail dan Muhammad Rashid, supaya membayar sejumlah RM60,000 kepada enam responden, Noriah, Irmohizam, Suruhanjaya Pilihan Raya (bagi kedua-dua kes) dan dua pengawai pengurus pilihan raya.

Berhubung rayuan bagi kerusi parlimen Batu dan Lembah Pantai, Md Raus berkata mahkamah berpandangan petisyen itu kekurangan fakta material dan tiada kuasa tindakan terhadap responden.

Mahkamah menolak rayuan berhubung petisyen pilihan raya yang difailkan alon BN Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk membatalkan kemenangan Chua Tian Chang (Tian Chua) daripada PKR dan pengundi parlimen Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan untuk membatalkan kemenangan Nurul Izzah Anwar, juga daripada PKR.
Categories:

1 ulasan:

  1. untunglah orang lembah pantai dapat ahli parlimen ni. pandai korang memilih... perangai lebih kurang bapak dia....

    tungguuuuuuuuuuuuuu...........

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping