Selasa, Disember 24, 2013


Polis masih memberi peluang kepada  pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama  Asmaelz Hadzeny II menghubungi polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan  pada malam sambutan tahun baru, 31 Disember  ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, identiti individu berkenaan sudah dikenal pasti.

“Kita akan buru dia jika dia enggan menyerah diri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berhubung isu berkenaan, Hadi berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan  dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bagi menahan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Katanya laporan polis juga telah dibuat  berhubung kenyataan individu berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman 15 tahun penjara  malah boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Sosma,” katanya.

Sementara itu, pemilik akaun berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian menegaskan bahawa dia tidak akan menyerah diri dan mendakwa akaunnya diceroboh.

“Saya dianiaya oleh penyokong pro kerajaan, nanti saya akan cerita,” katanya  menerusi khidmat pesanan ringkas pada laman sosial berkenaan.

Dia juga mendakwa akaun itu mempunyai ramai admin dan sejak akhir-akhir ini juga, isu yang dibangkitkan pada akaun berkenaan agak radikal dan keras malah turut mengaku gambarnya telah dicuri dan disalahgunakan.

Pada 18 Disember lalu, polis memberi amaran penyebaran poster mengajak orang ramai menyertai himpunan haram pada 31 Disember ini merupakan satu ancaman keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang  berat isu penyebaran poster itu yang dikesan tersebar menerusi portal berita dan laman sosial meskipun tidak diketahui kebenarannya.
Categories:

2 ulasan:

  1. dah agak bg alasan diceroboh...tp tahukah dia..bleh trace rekod dr PC/laptop/website dia if nak chek betul ke tidak masa tu dia atau org lain tgh online...

    dan if diceroboh..tentu ada kwn2 dia akan bgtau gamba dia dipergunakan...haih..takkan dlm tu takde kekawan realiti yg kenal kot...cmmon bro..jgn guna alasan klise...serah la diri if tak bersalah...if akaun diceroboh...

    -smh-

    BalasPadam
  2. "mendakwa akaunnya diceroboh"- alasan paling gampang...dlm FB bukan main lagi brani...nie lg satu “Saya dianiaya oleh penyokong pro kerajaan, nanti saya akan cerita,” - lu nk citer lu pi la citer kt polis...nie lu tk brani plak, nmpk sgt salah..senang hidup lu, asal nk lepas lu ckp salah org lain...cibai punyer manusia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping