Jumaat, Disember 06, 2013


Andaikata sebelum ini bukan main lagi puak - puak Parti Angguk Saja tu meroyan tak tentu arah dalam sidang Parlimen mengutuk dan membuat dakwaan terhadap UMNO.

Puas la diorang meroyan tak tentu arah, terutama sekali Si Mahfuz Bean tu. Sibuk sangat dia desak supaya UMNO mintak maaf pasal isu penggunaan kalimah Allah.

Kata diorang, UMNO sengaja membuat persepsi bahawa PAS selama ini mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah untuk mendapat sokongan dan undi dari kalangan rakyat.

Nah!!! Sekarang, jika benar PAS tidak mempolitikkan isu tersebut dan tak buat seperti apa yang diperkatakan, berani atau tidak diorang nak bersuara bila The Herald failkan rayuan?

Berani atau tidak PAS nak bantah tindakan yang dibuat oleh The Herald tu dan buat demo bila kes berkenaan disebut dalam mahkamah rayuan kelak?

Kalau pasal isu duniawi, pandai pulak diorang suruh ahli - ahli turun berjihad. Tapi pasal isu yang ada kaitan dengan akidah umat Islam ni, tak nak pulak diorang berjihad.

Sekarang tarikh dah bagi. Tempat dah bagi. Tunggu masa je. Hantar la bala tentera PAS yang kononnya berjihad demi menegakkan syiar Islam tu berdemo depan mahkamah nanti. Kalau setakat cakap kosong je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Februari tahun depan untuk mendengar permohonan Gereja Katolik untuk memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang penerbitan mingguan 'Herald' menggunakan kalimah "Allah" bagi merujuk kepada "God".

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Nor Aziati Jaafar menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan dibawa bagi pengurusan kes kepadanya di dalam kamar hari ini.

Peguam S.Selvarajah, yang mewakili Gereja Katolik, memberitahu pemberita bahawa responden dalam kes ini - Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Malaysia, enam Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Islam Malaysia (MCMA) membantah permohonan gereja itu untuk membuat rayuan.

Katanya mereka (responden) diberi masa dua minggu untuk memfailkan afidavit bagi menentang permohonan kebenaran itu.

Sementara itu, peguam Mohd Tajuddin Abd Razak, yang mewakili MCMA, berkata beliau dimaklumkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bahawa mereka bercadang menjadi pencelah dalam kes ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping