Isnin, Disember 30, 2013


Kemungkinan besar itu yang nak dibuat oleh induvidu tersebut gamaknya. Kalau tidak, apa kejadahnya pulak dia nak pecah masuk ke Mahkamah Syariah?

Kalau pecah masuk rumah atau pecah masuk bank tahan jugak. Ada logik jugak kalau nak kata dia nak mengambil duit. Ini mahkamah. Apa lagi yang ada di mahkamah tu?

Kemungkinan individu terbabit ada kes di mahakamah dan cuba nak hapuskan bukti berkaitan dengan isu tu kot. Atau mungkin dia diupah oleh seseorang yang takut imej dia tercemar sekiranya kes tersebut bocor. Jadi, kita tunggu la hasil siasatannya nanti!!!
KOTA BHARU – Pejabat di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Jalan Pasir Mas-Salor di sini dipecah masuk dipercayai untuk mencari maklumat sulit, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang pembantu tadbir yang  berkhidmat di bangunan berkenaan kira-kira 7.30 pagi semalam ketika mahu memulakan tugas.

“Ketika pengadu masuk kerja di Mahkamah Syariah tersebut mendapati pejabat di aras dua, lima dan enam telah dipecah masuk dengan beberapa bilik dan almari fail di aras berkenaan turut diselongkar.

“Selain itu, kamar Ketua Hakim dan Bilik Pegawai Penyelidik di aras enam turut diselongkar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Idris berkata siasatan awal mendapati, suspek dipercayai masuk melalui tingkap di aras dua dengan menggunakan tangga yang  ditinggalkan kontraktor di tempat kejadian.

“Terdapat kesan umpilan di beberapa pintu di aras dua, lima dan enam dan suspek dipercayai menyelongkar almari yang  mengandungi fail, bagaimanapun tidak mengambil barang berharga.

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak membantu kerana hanya menampakkan kelibat sahaja berikutan pencahayaan yang  kurang. Siasatan juga tidak dapat menimbulkan cap jari yang sempurna di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata pada hari kejadian pengawal keselamatan ada membuat rondaan setiap dua jam sekali bermula pukul 12 malam dengan rondaan terakhir adalah pada pukul 5 pagi.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping