Memandangkan masih belum ada yang memberi perhatian terhadap pendedahan yang dibuat malam semalam, maka SH ingin mengajukan lagi persoalan diatas.
Seperti mana yang dimaklumkan semalam, seorang sahabat SH menyatakan rasa risau dia terhadap masa depan Koperasi Peneroka Felda ekoran pengambil-alihan FGV.
Setakat yang kita tahu, FGV hanya mengambil alih Felda Holdings yang turut mempunyai 11 anak syarikat yang mempunyai kaitan dengan KPF secara lansung.
Katanya, 11 anak syarikat itu selama ini yang memberikan keuntungan kepada KPF yang membolehkan mereka membayar dividen kepada Peneroka diseluruh Malaysia.
Tetapi, dengan pengambil-alihan oleh FGV membuatkan sebilangan kecil peneroka - peneroka ini bimbang mengenai masa depan mereka dalam KPF.
Dari apa yang dimaklumkan oleh sahabat SH semalam, pengambil-alihan FGV ke atas 11 anak syarikat tersebut adalah bagi mengukuhkan kedudukan FGV dipasaran saham.
FGV juga katanya telah membayar pampasan sebanyak 2.2juta kepada KPF namun hanya 1juta sahaja dari pampasan tersebut yang diberikan kepada mereka.
Baki selebihnya sebanyak 1.2juta ditinggalkan dalam FGV sebagai modal pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan FGV dipasaran saham.
Apa yang merisaukan sahabat SH dan rakan - rakan penerokanya yang ialah apabila KPF tidak mampu untuk mengekalkan kedudukan dividen sedia ada seperti hari ini.
"Apabila pembayaran dibuat dimasa akan datang, sudah tentu isu itu akan mendapat perhatian dan kemungkinan ianya akan dijadikan modal Politik oleh Pembangkang.""Peneroka pasti akan dapat melihat isu tersebut apabila dividen yang diberikan dimasa akan datang berkurangan. Maka sudah tentu mereka akan mula mempersoalkannya."
Maka dengan itu, SH memohon kepada mereka yang berkenaan agar membuat penjelasan yang sewajarnya mengenai isu ini. Jangan bila isu ni dah jadi barah baru nak cari penyelesaiannya. Jangan dah terantuk baru nak tengadah. Masa tu, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
mohon penjelasan lebih mendalam tuan!
BalasPadamInsya Allah. Itu yang kita sedang usahakan sekarang ni. Harap-harap isu ni mendapat penjelasan dari pihak yang berkenaan.
Padam