Khamis, Disember 12, 2013


Dana yang digunakan untuk menaikkan gaji pengurusan tertinggi kerajaan negeri Selangor adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo berkata RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu.

"ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor," kata Khir.

"Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.

"Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," kata Khir ketika dihubungi Antarapos.

DUN Selangor sebelum ini meluluskan kenaikan gaji 56 anggotanya berkuatkuasa Januari 2014 dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Gaji Menteri Besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota Exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Gaji baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

"Saya tengok yang tidak logiknya adalah kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker malah Exco pun saya rasa tinggi.

"Gaji MB naik lebih kurang RM29 ribu, itu belum elaun keraian sebab MB juga ADUN dapat elaun ADUN RM 11 ribu, dicampur keduanya dekat RM40 ribu di situ.

"Lepas itu tidak masuk elaun-elaun lain, pemandu, pembantu rumah, elaun minyak dan lain-lain lagi, sebenarnya kalau dikira biasanya wakil rakyat sahaja RM11 ribu campur elaun akan dapat lebih kurang RM16 ribu, MB pula lebih kurang mencecah RM50 hingga RM60 ribu sebulan," ujar beliau. 

Mengulas lanjut Khir berkata kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggara.

"Macam mana dengan peruntukan baiki jalan MB tidak belanjakan jalan, maksudnya MB kurang kerja tapi naik gaji? 

"Masalah sekarang ini melalui Audit Negara buat laporan 75 peratus rakyat di Selangor tidak berpuas hati dengan keadaan jalan.

Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf. 

"Audit Negara yang baru-baru keluar pun komen tentang pada tahun lepas perbelanjaan untuk perbaiki jalan yang kerajaan Persekutuan beri hanya dibelanjakan 46 peratus dari jumlahnya, maksudnya kalau MB kata duit begitu banyak, bukan kerana MB cari tetapi kerana Persekutuan bagi untuk peruntukan MARRIS dan tidak dibelanjakan," katanya kepada Antarapos hari ini. 

PS: Amacam? Berani tak puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu nak tuduh kata Khir Toyo ni buat fitnah? Kalau main diam je, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping