Khamis, Disember 12, 2013


Siapa yang sangka beb. Biasanya, orang tua - tua kata 'Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tau'. Kali ini, tuah manusia dimulut wanita.

Akibat dimaki hamun dek isteri Mat Yo ni punya pasal Pak Man ni boleh jadi famous dan dapat rezeki yang melimpah ruah selepas video dia keluar dalam Youtube.


Dengar kata, macam - macam tawaran yang datang menjemput Pak Man. Macam - macam orang yang Pak Man dah jumpa. Semuanya sebab mulut lantang isteri Mat Yo tu.

Itulah bukti betapa berbisanya mulut wanita ni. Ianya sama ada boleh jadi racun atau pun penawar bagi seseorang. Hakikatnya, apa yang pasti, Rezeki tu ditentukan Allah. Bukan la sebab Pak Man tu kena maki dengan isteri Mat Yo sangat pun!!! Jangan isteri Mat Yo tu datang mintak royalti pulak lepas ni sudah la!!!
Dulu dia hanya seorang pengawal keselamatan. Namun selepas dimaki isteri pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, rezeki kini melimpah ruah.

Azman Mohd Nayan yang lebih dikenali sebagai Pakcik Azman, berubah nasib setelah video dirinya dimaki hangat disebarkan melalui laman sosial dan sifat sabar beliau menangani kejadian itu telah dipuji ramai.

Dalam kejadian yang berlaku 12 September lalu, Azman menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan larangan.

Ekoran itu, isteri Mat Yo memaki hamun beliau dan video rakaman kejadian itu disebar kuat dalam laman sosial.

Setelah video itu menjadi perbualan warga internet, hidup Azman kini ibarat selebriti yang diburu produk.

Produk kesihatan yang mengambilnya menjadi duta itu merupakan kopi Tongkat Ali yang masih baru dalam pasaran.

Menurut laman web remaja Beautiful Nara, produk ini sangat bersesuaian dengan kerjaya Azman yang sentiasa memerlukan tenaga.

Selain menjadi duta produk, Azman juga sebelum ini telah muncul di dalam drama TV9 yang turut dilakonkan pelakon-pelakon terkenal seperti Ridzuan Hashim dan Norman Hakim.
Categories:

1 ulasan:

  1. Tuah pak cik tu tapi biasa la perangai org kita ni suka tumpang sensasi demi keuntungan masing2....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping