Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid Yusof yang menentang rampasan Bible di premis The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya, memperlihatkan secara jelas kepada kita tentang kerosakan akidah yang dijelmakan menerusi kopiah, janggut, topeng Islam, serta raut wajah dan batang tubuh orang yang mengaku beragama Islam.
Ini sekaligus membenarkan kenyataan Rasulullah s.a.w lebih seribu tahun lampau.
(Maksud hadis)
“Telah diceritakan kepada kami oleh Ismail bin Abu Uwais berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya, dari Abdullah bin Amru bin Al-Asy meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada hamba-Nya tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama sehingga bila sudah tidak bersisa ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” - (Sahih Bukhari)
Antara lima Rukun Iman ialah mempercayai kitab-kitab Allah. Kitab-kitab Allah Taala itu yang diutuskan kepada para Rasul itu terdiri daripada Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Bagaimanapun, sejarah telah membuktikan Zabur, Taurat dan Injil telah ‘diangkat’ oleh Allah Taala untuk digantikan dengan al Quran menerusi pelbagai peristiwa termasuklah serangan oleh tentera-tentera Babylon ke atas Baitul Muqaddis pada tahun 568 Masehi di bawah kepimpinan Nebukhadniza.
Injil sebenarnya tidak pernah ditulis. Ramai terutama sekali kaum pendakyah cuba menjadikan kitab Gospel sebagai Injil bagi tujuan pengeliruan.
Walaupun Gospel dan Injil berkongsi maksud iaitu ‘Berita Baik’, tetapi konsep Gospel dan Injil sama sekali berbeza. Gospel atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Bible, menekakan tentang konsep penyelamatan (salvation), Iaitu kepercayaan bahawa Jesus Christ, selepas disalib menjadi pengampun kepada dosa warisan dan penyelamat bagi mereka yang mempercayainya.
Sedangkan Injil pula tidak mengandungi semua perkara tersebut, sebaliknya membawa ajaran tauhid.
Boleh jadi, pemimpin PAS seperti Muhajid Yusof tidak tahu bahawa Injil tidak pernah dicatatkan dalam bentuk tulisan sebaliknya hanya dalam bentuk SAYING GOSPEL.
Saying Gospel pula telah hilang dari pegangan umat Nasrani menjelang akhir kurun pertama selepas peninggalan Nabi Isa a.s dan digantikan pula oleh Narrative Gospel iaitu Gospel yang ditulis oleh pihak-pihak tertentu yang membawa ajaran akidah triniti dengan menyandarkan kepada riwayat hidup Nabi Isa a.s sedangkan ajaran dari Narrative Gospel ini tidak langsung berkaitan dengan Nabi Isa a.s.
Itu lah yang dinamakan Mujahid yang jahil. Ulamak pun bukan umarak pun bukan..tapi pukimak!
BalasPadam"Mu Jahil" itulah nama beliau sepatutnya...
BalasPadamRamai yang munafik dalam PAS
BalasPadamOrang PAS semua munafik.
Padam