Kepimpinan parti yang didominasi kaum Cina iaitu DAP kini semakin mengalami saat genting apabila dua pemimpinnya di Sabah memutuskan untuk keluar parti berkuat kuasa Selasa lalu.
Dipetik daripada Utusan Malaysia, dua pemimpin tersebut adalah Timbalan Pengerusi DAP negeri, Fred Fung dan Ketua Wanita Bahagian Kota Kinabalu, Candy Wong.
Tindakan itu jelas Fred ekoran daripada pimpinan yang ada kini tidak menghargainya selaku pemimpin yang lama dalam parti itu.
Beliau dalam nada sinis menyindir bahawa pengunduran diri itu ekoran tidak tahan berurusan dengan pimpinan yang 'menghargai'nya.
Katanya lagi, tindakan kedua-dua mereka turut disokong oleh ahli jawatankuasa pergerakan Wanita DAP Kota Kinabalu yang turut meletak jawatan secara beramai-ramai.
"Saya memberi perkhidmatan kepada parti selama lebih 20 tahun tetapi dalam keadaan sekarang, saya rasa tidak mempunyai pilihan lain kecuali pergi," katanya di sini.
Mengulas lanjut, Fred menjelaskan beliau belum berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.
Beliau merupakan pemimpin kedua parti itu yang berbuat demikian selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Hiew King Cheu.
Fred dan King Cheu merupakan pemimpin senior dan berada di barisan hadapan DAP Sabah sebelum kemunculan barisan pemimpin dan wakil rakyat sekarang.
September lalu, King Cheu menggemparkan senario politik negeri di bawah bayu itu apabila mengambil keputusan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.
tak maknanya, mereka kata 1 peligi , 10 mali maaaa lu org lagi manyak bodoh ada lembu manyak, bodo macm lembu
BalasPadam