Hakikatnya bukan diorang tak tau yang dia seorang yang mempunyai masalah moral yang kronik. Diorang bukannya tak kenal siapa dia yang sebenarnya. Tapi diorang jugak yang nak sokong dia.
Apa gunanya diorang nak meroyan tak tentu arah bila kena liwat dengan Si Ketua Penipu tu secara terang- terangan? Menyesal sekarang ni dah tak guna dah. Buat mengabihkan masa je.
Tu pun kira nasib baik Si Ketua Penipu tu tak dapat jadi Perdana Menteri. Kalau tidak, lagi teruk dari itu tindakan yang akan dia buat. Percaya la. Itu satu kepastian yang telah dibuktikan.
Jadi, untuk apa puak - puak BERSHIT tu nak rasa terkejut sangat dengan tindakan yang dilakukan oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu? Nama parti pun dah melambangkan pemimpin diorang.
Jangan la heran sangat dengan tindakan puak - puak PKR tu. Diorang memang dari dulu suka buat kecoh tak tentu arah. Diorang bukan suka sangat keadaan aman tenteram macam sekarang ni.
Nak harapkan diorang menghormati kepercayaan rakyat? Jangan mimpi la!!! Buat mengabihkan masa je sebenarnya. Rakyat ni tak penting bagi diorang. Inikan pulak kepercayaan mereka terhadap Pakatan. Yang pentingnya hanya kuasa Politik. Rakyat ni diorang peduli pun tidak!!!
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat.Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR."Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya. Peletakan jawatan Lee Chin Cheh adalah satu pengkhianatan yang diberi lapan bulan lalu," kata gabungan tersebut dalam satu kenyataan hari in.Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah."Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam. Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu."Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.