Rabu, Januari 29, 2014


Memang tak perlu nak dinafikan lagi. dia ni memang sah seorang 'Pencacai Abadi' dulu, kini dan selamanya secara terang - terangan. Perkara tu tak perlu nak dipertikai dan dipersoalkan lagi.

Walau apa pun yang Si Ketua Penipu tu buat, dia tetap akan menyokong tanpa rasa bersalah biar pun apa yang Si Ketua Penipu tu lakukan hanya membelakangkan kepentingan rakyat.

Waima Si Ketua Penipu tu suka 'Membelakangkan' apa benda sekali pun, dia tetap jugak akan memberi sokong sepenuh jiwa raga tanpa berbelah bahagi. Itulah Pencacai Abadi namanya.

Semalam, diantara penjelasan yang dibuat ialah mengenai tindakan yang dilakukan oleh PKR di Selangor. Tindakan mengosongkan DUN Kajang tu katanya satu 'Gerakkan Taktikal'.

Selain itu, dia juga turut menjelaskan bahawa pencalonan Si Ketua Penipu tu bukan untuk memenuhi agenda peribadi tetapi sebaliknya bagi memartabatkan perjuangan parti.
"Saya rasa ini melibatkan soal perjuangan parti, bukan soal kepentingan peribadi," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang di Pejabat Pusat PKR hari ini.
Eh!!! Dia tu ingat dia tengah bercakap dengan siapa sekarang ni? Dia ingat dia bercakap dengan budak - budak sekolah tadika ke yang tak tau apa - apa pasal Politik di Malaysia ni?

Dia sedar atau tidak yang letak jawatan sebelum ni siapa? Bukan ke yang letakkan jawatan tu ahli PKR jugak? Jadi adakah dia nak kata yang ADUN PKR sebelum ini tak mampu nak memartabatkan parti?

Adakah dia sedar atau tidak bahawa tindakan ADUN berkenaan meletakkan jawatan boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat? Pun masih dianggap satu tindakan yang suci ke?

Dia lupa ke yang tindakan tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah kepada sokongan rakyat. Malah ianya hanya akan merosakkan nama baik parti dia sendiri.

Pun dia masih anggap tindakan tu sebagai satu langkah untuk memartabatkan parti jugak ke? Kot kalau pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat ni pun dianggap sebagai satu langkah untuk memartabatkan parti tak tau la!!! Kita doakan semoga PKR ni terus jahanam je!!! Baru Padan Muka Diorang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping