Khamis, Januari 09, 2014


SHAH ALAM –  Dua pegawai kanan Wisma Putra  yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dipercayai  mengemukakan tuntutan palsu 30 peratus melebihi perbelanjaan sebenar kos pengangkutan sepanjang persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kepulauan Honolulu,Hawaii pada 2011 lalu.

Menurut sumber, nilai keseluruhan tuntutan penyata perbelanjaan bagi pengangkutan dikemukakan pula dikatakan mencecah AS$ 126,000 (RM 378,000).

Difahamkan kedua-dua  pegawai berusia dalam lingkungan 40 an dipercayai berjawatan pegawai tadbir dan diplomatik  di Kedutaan Malaysia di Amerika.

“Kedua-duanya disyaki membuat tuntutan palsu terhadap sebahagian daripada wang pendahuluan tersebut yang diterima daripada akaun Kedutaan Besar Malaysia, Washington   melebihi dari jumlah perbelanjaan sebenar yang dibayar kepada syarikat pengangkutan terbabit.

“Mereka  dipercayai bersekongkol ketika mengemukakan penyata perbelanjaan kepada  Kedutaan Besar Malaysia  yang mengandungi butir-butir palsu sepanjang persidangan tersebut,”katanya.

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua pegawai itu juga  mempunyai pengetahuan ketika mengemukakan penyata perbelanjaan yang mengandungi butiran palsu dijangka akan dituduh di mahkamah  di bawah  seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka juga boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi  20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda mengikut jumlah  kesalahan yang dilakukan.

PS: Tahniah diucapkan kepada pihak SPRM diatas tindakan tegas yag dikenakan. Tapi jangan buat siasatan terpilih sudah la.

Siasat la jugak ke mana perginya dana RM 50ribu yang diberikan kepada Si Fuziah tu dalam dakwaan yang dibuat oleh blogger MyMassa sebelum ni. Takkan nak biar macam tu je kot!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping