Heran pulak bila baca berita pasal Si Nurul Izzah ni ek. Beria - ia pulak dia nak heret kes dengan pihak Utusan tu ke mahkamah hanya semata - mata dakwaan fitnah terhadap dia.
Tak de pulak dia nak tunjukkan yang dia besar hati nak selesaikan masalah tersebut diluar mahkamah. Tak macam kes fitnah dia terhadap Datuk Raja Nong Chik sebelum ini.
Tau pulak dia takut nak teruskan perbicaraan kes tu ke mahkamah. Reti pulak dia nak mintak supaya kes tu diselesaikan dengan cara baik dan tak perlu menghabiskan masa yang panjang.
Inilah mentaliti puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Bila orang buat ke diorang, beria - ia diorang nak ambik tindakan atas alasan kata ianya mencemar nama baik dia.
Maka kes tersebut perlu dibicarakan bagi membersihkan imej serta nama baik dia. Tapi kalau dia yang buat fitnah, tau pulak dia meroyan mintak supaya kes tu diselesaikan diluar mahkamah. Tak de pulak dia nak fikir pasal imej dan nama baik orang yang dia buat fitnah tu!!!
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 April bagi perbicaraan kes saman fitnah Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Raihanah Ariffin bagi pihak Utusan.Azhana ketika ditemui pemberita memberitahu mahkamah menetapkan 14, 15 dan 18 April untuk perbicaraan kes itu.Beliau berkata kes itu sepatutnya dibicarakan selama tiga hari bermula 22 Januari ini namun ditangguhkan kerana peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Utusan terlibat dalam petisyen pilihan raya pada tarikh berkenaan.Pada 23 November 2012, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan akhbar berkenaan pada 6 dan 7 November 2012.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.