Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi diberi tempoh 48 jam oleh sebuah blog Pro Pembangkang untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Ianya ekoran tindakan dia menyokong serbuan yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) dan meramas Bible baru - baru ini. Katanya, serbuan tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Kenyataan dalam blog Negara Pakatan Rakyat itu menjelaskan bahawa apa yang disebut oleh Sallehin ternyata bertentangan dengan pendirian rasmi Pakatan Haramjadah tu.
Tambah memeritkan kenyataan ini dibuat dengan kedudukkannya sebagai Exco, sama dengan kenyataan rasmi kerajaan negeri, dan ini tidak boleh diterima sama sekali.Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa serbuan itu gopoh dan tidak berlandaskan prinsip permuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dah sebutkan dalam satu kenyataan akhbar semalam.Jadi kenapa Sallehin pulak buat kenyataan bercanggah?Maka itu Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera media sosial kita di seluruh negara untuk mendesak penggunduran Sallehin sebagai Exco kerajaan negeri Selangor.Dari saat artikel ini ditulis, semua facebooker dan pengikut Twitter Pakatan Rakyat sepakat dan satu hati mendesak perletakkan jawatan Sallehin atas kenyataannya yang dibuat sebentar tadi.Melainkan ada bukti menunjukkan kenyataan Sallehin itu telah dimanipulasi media, selagi itu desakan untuk melihat pengunduran Sallehin, tidak akan berhenti.Kalau Sallehin nak jadi 'hero' seperti mana Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini, maka dia silap besarlah. Lihat saja di mana Hassan Ali sekarang, sekadar melukut di tepi gantang, tak siapa yang nak pedulikan.Dalam masa yang sama, aku lihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga ada saham dalam isu ini. Patutnya dari awal lagi Khalid tak seharusnya lantik seorang wakil rakyat PAS menjaga portfolio berkaitan agama Islam di negeri tersebut.Jawatan itu patut diserahkan kepada wakil PKR, atau paling tidak, Khalid sendiri terus memegang jawatan tersebut seperti sebelum PRU13. Tidaklah semua masalah ini berlaku.Apa sekalipun, Sallehin ada 48 jam untuk meletakkan jawatan, jika tidak, Khalid seharusnya tahu apa yang nak dibuat.
Biar kehilangan jawatan,asalkan jangan kita kehilangan aqidah.
BalasPadamBetul ... didokong .. dan di SOKONG..
Padaminilah pakatan rakyat slogan pas for all dan membangun bersama islam tapi sekarang membangun bersama kristian.klau org islam dlm pr tak sedar lagi tak tahu ler
BalasPadamYANG LULUSKAN SIAPA ? ...CUBA TANYA HISSAHAMUDIN KDN KETIKA ITU DAN JAMIL KHIR......SENJATA MAKAN TUAN DICETAK DI INDONESIA..SIAPA LULUSKAN?
Padam