Sebelum ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu kuat sangat menuduh Kerajaan Barisan Nasional tidak tahu cara nak menguruskan masalah, sekarang dah kena batang hidung diorang sendiri.
Dan jangan terkejut. Ini bukan kali pertama Rejim Pakatan Selangor ni GAGAL menangani isu yang dibangkitkan, tapi dah banyak kali dah sebenarnya diorang GAGAL.
Dulu isu pasal konsesi air, pun diorang tak dapat nak selesaikan sampai hari ni. Lepas tu isu pasal hartanah. Pun masih lagi tak dapat nak diselesaikan masalah tu. Sekarang isu pasal kalimah Allah pulak.
Pendek kata, semua isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat GAGAL ditangani dengan cara yang berhemah sebelum ianya menjadi satu isu yang lebih besar dan membawa masalah kepada Negeri.
Tapi, kalau isu tu ada kaitan dengan kepentingan diorang sendiri secara peribadi, pandai pulak diorang menguruskannya dan memadamkan isu tu dari terus dipersoalkan oleh rakyat.
Nampak sangat la yang Rejim Pakatan Selangor ni memang tak tau apa - apa soal pentadbiran. Sebab itu diorang seringkali GAGAL dalam menangani isu yang berbangkit. Itu baru soal pentadbiran Negeri. Kalau diorang dapat kuasa memerintah Negara, alamat jahanam la jawabnya!!!
SHAH ALAM: Walaupun menjunjung titah Sultan Selangor berhubung penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, namun Kerajaan Negeri tidak menyatakan sebarang pendirian tegas sekiranya masih ada pihak yang mengingkarinya.Sebaliknya menurut Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi, kerajaan persekutuan yang perlu bertanggungjawab dan menjelaskan isu yang membenarkan Bible diimport dari luar negara."Kerajaan Negeri tetap berpegang dengan titah Tuanku Sultan Selangor, itu jelas. Tapi kita akan berjumpa dengan menteri untuk beri penjelasan keputusan jemaah menteri dalam isu kebenaran import Bible dari luar," katanya pada sidang media di Bangunan SUK di sini.Dalam pada itu Editor The Herald, Lawrence Andrew memberitahu sidang media yang sama bahawa pihak berkuasa Islam tidak boleh menguatkuasa undang-undang syariah terhadap penganut agama lain.Beliau berkata segala kenyataanna bersabit penggunaan kalimah Allah adalah berasaskan perkara 11 perlembagaan persekutuan yang menjamin kebebasan agama."Setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwalnya. Pihak satu agama tidak boleh masuk campur dan memberitahu agama lain apa yang perlu dibuat," kata beliauSebelum itu Sallehin yang juga ADUN Sabak itu mengadakan dialog antara agama bersama Lawrence, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Sri Andalas, Xavier Jayakumar.
Memang keja dia org, tak tau nak mentadbir lps tu salahkan org lain....
BalasPadam