Ahad, Januari 05, 2014


Memang ada betul juga apa yang dikatakan oleh Dr. Mohd Asri ni. Pihak Kerajaan ni jangan ingat diorang bagus sangat sampai tahap tak boleh nak ditegur lansung oleh rakyat.

Nak pulak sejak akhir - akhir ni dah banyak polisi yang dibuat membelakangkan kepentingan rakyat. Lepas satu persatu isu ditimbulkan tak tentu arah. Kucar kacir jadinya.

Tapi, Pencacai Pakatan tu jangan ghairah sangat tak tentu arah. Kenyataan Dr. Asri ni pun serampang dua mata. Dia tak tujukan kenyataan ni hanya kepada Kerajaan Pusat. Sebaliknya semua Kerajaan terlibat.

Tak kira la sama ada Kerajaan Pusat atau pun Rejim Pakatan Negeri tu sendiri. Semuanya jangan anggap diri diorang bagus sangat sampai tak boleh lansung nak ditegur oleh rakyat. Jangan ingat diorang besar sangat sampai suara rakyat pun diorang boleh pinggirkan begitu sahaja!!!
SHAH ALAM - Kerajaan yang sering berprasangka buruk apabila rakyat mengkritik pemerintah yang melakukan kesalahan tidak harus menjadi kerajaan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri berkata, rakyat menggunakan kuasa untuk mengkritik kerajaan untuk memberi kesedaran kepada pemerintah yang melakukan kesalahan.

Menurutnya, kritikan yang dilontarkan rakyat juga bukan bermaksud mereka memihak kepada mana-mana parti politik terutamanya pembangkang.

"Tidak semestinya kritikan itu kerana mereka menjadi agen pembangkang ataupun ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.

"Rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara mereka dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa ke atas mereka, tiada kerajaan tanpa rakyat.

"Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka," katanya yang dipetik dalam akaun Facebooknya, hari ini.

"Jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal. Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka," katanya lagi.
Categories:

3 ulasan:

  1. Bersuara lagi mantan mufti ni.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Alaahaii korang dengar la si Wahabi Munafik nk berkata2..
    Check baliklah peribadi dia mcm mana..
    Mufti Kedah baru tegur sikit dia dah mengamuk nak saman..xhormat langsung Ilmuan yg lebih senior..lagi kurang ajar.. org mcm ni jgn UMNO bg ruang.. dia join masuk akan pecah belahkan umat..

    sudahlah menipu bertopeng dgn perkataan 'sunnah'..pdhal WAHABI tegar!

    Masa dia jd Mufti dlu boleh ke org tegur die?

    BalasPadam
  3. Cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping