Ahad, Januari 05, 2014


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang cuba meminda Enakmen Agama Bukan Islam yang diguna pakai di negara ini.

Beliau juga berharap pihak berkuasa jangan sekali-kali tunduk terhadap desakan pihak terbabit yang cuba mengganggu-gugat kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan mesti dipatuhi seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tegas beliau, kedaulatan dan kesucian Islam mesti dipertahankan dan apa sahaja tuntutan atau desakan pihak tertentu agar enakmen seumpama itu dipinda, tidak perlu dilayan.

"Jangan sekali-kali beri muka dan layan tuntutan atau desakan mana-mana pihak yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

"Saya harap pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka terbabit kerana kita tak sanggup lihat agama Islam terus dipersendakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan pelbagai pihak terhadap cadangan tiga wakil rakyat DAP Selangor supaya Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 dipinda.

Harun berkata, beliau kesal dengan sikap orang bukan Islam yang tidak menghormati hak penganut agama lain, khususnya Islam sedangkan penganut Islam bertindak sebaliknya.

Beliau seterusnya menegaskan untuk terus mempertahankan ketetapan enakmen agama sedia ada dan tidak akan tunduk pada desakan mana-mana pihak meskipun daripada kalangan parti sekutu dalam pakatan pembangkang, khususnya DAP.

"Kita bersatu dalam satu pakatan hanya berkaitan politik tetapi tidak dalam urusan agama. Kalau mereka sentuh tentang hukum dan Islam, kita tidak akan kompromi," tegasnya.

Mengulas tentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dan Iban, Harun berkata, di sebalik usaha itu, tersirat motif tertentu iaitu untuk mempersendakan agama Islam semata-mata.

"Seperti saya nyatakan sebelum ini, tiada sebab kenapa agama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan kalimah suci itu hanya hak mutlak agama Islam.

"Begitu juga perkataan solat dan zakat, mereka juga guna perkataan itu sehingga menimbulkan kekeliruan kalangan umat Islam, semua ini bertujuan mempersendakan Islam. Kenapa mereka mahu mencampur-aduk agama mereka dengan agama Islam?" tambahnya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Keluar sajala dari Pakatan. PAS dayus dalam pakatan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping