Dalam pertandingan sebelum ini, Si Burung ni dah kena main dek Si Ketua Penipu tu sampai tahap meroyan sakan dia dibuatnya. Malah dia siap tuduh Si Ketua penipu tu sebagai 'Tangan Ghaib'.
Malah, dalam pemilihan sebelum ni, berbakul - bakul laporan dan aduan yang dibuat oleh Si Burung ni. Tapi semuanya telah dibakul-sampahkan oleh pihak pentadbiran PKR.
Jadi, tak heran la kalau Si Burung ni lebih selesa untuk terus kekal dalam NGO yang dikenali sebagai SAMM tu. Lebih mudah untuk dia meracuni pemikiran diorang dan menghasut anak muda agar terus membenci Kerajaan!!! Tak de dia nak terikat sangat dengan Parti Kecohkan Rakyat tu!!!
PETALING JAYA: Akhir-akhir ini nama pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dilihat lebih sinonim dengan NGO itu berbanding PKR sendiri.Badrul yang lebih dikenali dengan nama CheguBard berkata ini kerana beliau selesa bergerak di bawah SAMM untuk merealisasikan impiannya mendekatkan anak muda dengan politik.“Bagi saya, peranan saya dalam politik ialah untuk memberi kecelikan politik kepada kelompok muda.“Saya selesa berbuat demikian melalui SAMM dan dalam parti pun saya lakukan perkara yang sama,” katanya apabila dihubungi FMT.Beliau bagaimanapun tidak terus menutup pintu untuk bertanding dalam pemilihan PKR akan datang.“Buat masa ini saya selesa dengan gerak kerja saya dalam parti dan SAMM sendiri.“Saya tidak katakan saya tidak berminat untuk bertanding dalam pemilihan nanti, cuma macam saya katakan saya selesa dengan kerja sekarang,” katanya yang pernah bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan lalu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.