Khamis, Januari 02, 2014


Tahun 2014 mula membuka tirai hari ini, namun sehingga kini Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim belum memuktamadkan keputusan berhubung kenaikan gaji yang diumumkan dalam sidang dewan lalu sama ada dilaksanakan atau sebaliknya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi kepada Antarapos, Khalid kini sedang bercuti dan kesemua barisan exco negeri itu  masih tidak dijelaskan tentang keputusan yang menjadi tumpuan itu.

Khalid dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini mengumumkan mahu menaikkan gaji pengurusan tertinggi negeri itu termasuk kesemua ahli exco dan ADUN. 

"Kita tunggu MB (Menteri Besar) balik daripada bercuti, beliau masih bercuti jadi kita belum pasti , keputusan di tangan MB (Menteri Besar). Kalau dapat rasa pun Januari punya gajilah kan.

"Kita tidak ada bincang lagi  jadi sekarang pun MB cuti kita tidak dapat kepastian lagi tentang keputusannya," katanya ketika dihubungi wartawan kami. 

Sidang DUN kemudiannya meluluskan kenaikan gaji 56 anggotanya berkuatkuasa Januari 2014 dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3% yang akan berkuatkuasa 2014.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota Exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Sejurus selepas kelulusan itu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan kerajaan Selangor untuk mengurangkan kadar kenaikan gaji pemimpin-pemimpin negeri termasuk Menteri Besar dan ADUN kerana disifatkan sebagai tidak munasabah. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak berpuas hati kerana tangga gaji baru Menteri Besar, barisan Exco, Speaker Dewan Undangan Negeri dan timbalannya, serta 56 ADUN harus diselaraskan sebelum diputuskan untuk dilaksana. 

Kemudian Khalid memberi reaksi akan membawa hasrat Ketua Pembangkang itu kepada semua ahli exco dan ADUN untuk dibincangkan semula, namun tidak pula memberitahu waktu dan masanya. 

Khalid ketika ajukan soalan tentang isu ini pula cuba membandingkan tangga gaji kepimpinan di Sarawak dengan tindakannya itu. Bagi Anwar kadar gaji yang ditetapkan Khalid terlalu tinggi dan beliau tidak harus menuding jari kepada Sarawak untuk menghalalkan kenaikan besar itu.
Categories: ,

1 ulasan:


  1. APA MAU SUSAH...JANGAN SUSAH HATI KHA..KHA..KHALID. INI KALI LU SAKAU..LAIN KALI ORANG LAIN PULAK CEKAU. SORANG SEKALI...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping