Kalau kena gayanya macam la dia ni pejuang rakyat sangat. Berdegar -degar dok mengutuk orang tak tentu arah kononnya tak reti buat kerja dan sebagainya. Tapi dia sendiri?
Korang bayangkan la. Punya 'Pandai' Si Mahfuz ni jaga pengundi dia sampai ada yang dok merempat kat stesen bas apa cerita? Bagus sangat ke dia buat kerja? Bagus sangat ke dia jaga pengundi dia?
Apa gunanya dia jadi Ahli Parlimen kalau masalah yang dihadapi rakyat dia ni pun tak mampu nak diselesaikan? Apa gunanya dia ada Pejabat Khidmat kalau tak mampu nak bantu rakyat dikawasan dia sendiri?
Sudah - sudah la bercakap besar ni Mahfuz oi!!! Jaga pengundi sendiri ada jugak faedahnya dari nak menyokong puak - puak Evangalist tu. Jangan setakat pandai nak mengkritik orang je sedangkan diri sendiri pun tak mampu nak buat kerja!!! Malu la jadi Ahli Parlimen kalau tak pandai nak jaga pengundi sendiri!!!
ALOR SETAR - Seorang orang kurang upaya (OKU) yang turut menghidapi pelbagai penyakit merayu untuk mendapatkan tempat tinggal setelah beliau dan suaminya dihalau dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa.“Dah seminggu akak dan abang duduk dekat Stesen Bas Shahab Perdana lepas kena halau keluar dari rumah sewa. Sebelum ini akak menyewa di Kampung Aman Timur di Pokok Sena tapi terpaksa keluar kerana gagal membayar duit sewa selama dua bulan.“Kami dah menyewa di situ selama tiga bulan. Sebulan kami perlu bayar RM200 tapi kami tak ada duit sebab akak tak boleh kerja dengan keadaan akak yang tak boleh melihat dan abang pula sudah berhenti kerja,” kata Sazlina Salleh, 38, ketika ditemui di stesen bas tersebut di sini semalam.“Bukan sahaja tak berumah, duit untuk makan pun kami tak ada. Kami hanya makan kalau ada orang yang sudi tolong kami, kalau tak ada kenalah tahan lapar sehingga esok,” kata Sazlina.Suaminya Zainudin Zainun, 49, berharap ada pihak yang sudi membantu mereka mendapatkan rumah.Beliau berkata sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai tukang kebun dan bekerja di kedai makan tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu memberi perhatian kepada isterinya.Zainudin berkata duit bantuan daripada Jabatan Zakat sebanyak RM400 dan Bantuan OKU Tak Bekerja daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 tidak mencukupi.Penolong Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Kedah, Hassan Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu dan mencari jalan bagi membantu pasangan berkenaan.-Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.