Jumaat, Januari 10, 2014


Semalam SH siarkan satu artikel mendesak Khalid Ibrahim ni meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana GAGAL menyelesaikan isu di negeri berkenaan.

Nak pulak isu yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam. Khalid jelas tidak mampu untuk mengambil tindakan tegas untuk meredakan keadaan.

Sebaliknya, dia dilihat lebih tunduk kepada tuntutan puak - puak Evangalist yang Ekstremis yang mahu menggunakan kalimah tersebut demi kepentingan mereka sendiri.

Maka, atas sebab itu Si Khalid tu perlu bertindak sedemikian kerana dia bukan hanya GAGAL menyelesaikan isu tersebut malah dia juga GAGAL untuk menjaga kesucian Islam.

Jadi, tak heran la kenapa pihak Majlis Agama Islam Selangor mengambil ketetapan untuk menolak cadangan SOP baru yang diumumkan Khalid semalam. Sebab SOP tu jelas tidak menguntungkan Islam tetapi memberi kebebasan kepada puak - puak Evangalist tu untuk terus besar kepala!!!
PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menolak pengenalan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri berhubung proses penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab sebagai badan penguat kuasa hal ehwal agama mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan atau pemeriksaan tanpa perlu merujuk kepada ahli exco kerajaan negeri terlebih dahulu.

"Mais ingin menegaskan bahawa Jais tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak apabila ingin mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana ini akan mengganggu proses penyiasatan yang hendak dilakukan.

"Bagaimanapun tindakan pihak Jais ini dilakukan setelah pihak Mais mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan Mais agar Jais mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor," katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online di sini pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai pengenalan SOP baharu yang berkuat kuasa pada Rabu agar Jais perlu merujuk kepada Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi sebelum membuat serbuan pasa masa akan datang.

SOP baharu itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kita malukan lagi Khalid gagap..kita cari lagi isu-isu yang boleh memalukan kerajaan pembangkang negeri Selangor. Kita cari lagi isu-lsu yang boleh memalukan PKR,DAP dan PAS. Kita serang habis-habisan sehingga menjelmanya PRU 14.

    BalasPadam
  2. Tindakan Khalid...adalah BODOH...kerana menganggu pelaksana undang-undang / pejawat awam menjalankan tugas.

    Tanggungjawap Khalid adalah merangka undang-undang...bukannya perlaksana undang-undang. Penjawat Awam atau JAIS adalah pelaksana undang-undang.

    Saya harap SPRM dapat bertindak kerana MENYALAH GUNA KUASA dan MENYEKAT/PENGHALAG PEJAWAT AWAM MELAKSANAKAN TUGAS

    BalasPadam
  3. apa lagi mau bikin,maa

    sy punya batang pun sudah mamai

    kesian sama saya,maa

    BalasPadam
  4. Pi jumpa al jubori. ..dia adjust nnt ok la tu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping