Berikutan pendedahan yang dibuat oleh Macai Red Bean Army sebelum ini berkaitan dengan kereta Rolls Royce yang didakwa milik MB Pahang, lewat malam tadi nampak gayanya dia dah tutup akaun.
Jika sebelum ini, tindakan tersebut jelas satu cubaan untuk memfitnah MB Pahang telah kantoi dan didapati hanya dakwaan kosong semata - mata. (Klik SINI dan SINI)
Penjelasan mengenai perkara itu terbukti apabila kereta yang dimaksudkan dalam posting yang dibuat melalui laman media sosial Facebook hanya diambil dari sebuah laman berita dari Singapura.
Melalui penjelasan yang diberikan oleh Macai Red Bean Army tu sendiri, dia kata dia hanya nak mencari Kebenaran dan bertanya sama ada benar atau tidak dakwaan yang dibuat.
Jika benar dia nak cari Kebenaran sekali pun, kenapa dia sendiri tak buat permohonan maaf biar pun penjelasan telah dibuat oleh beberapa pihak berhubung perkara tersebut?
Malah sebaliknya dia hanya mengambil tindakan drastik dan terus menutup akaun Facebook yang dimiliki. Adakah itu bukti bahawa dia sebenarnya ikhlas nak mencari Kebenaran?
Nah!!! Kalau nak cari Kebenaran, kita tanya tuan punya badan sendiri. Dengar apa yang MB Pahang nak perkatakan mengenai isu yang dibangkitkan sebelum pandai - pandai nak buat dakwaan yang bukan - bukan.
Jelas, apa yang cuba dibangkitkan oleh Macai Red Bean Army tu hanya satu pembohongan yang mungkin direka untuk memburuk - burukkan imej MB Pahang. Jadi, kemungkinan kerana itu la dia tutup akaun. Mungkin dia takut kena saman!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.