Isnin, Januari 06, 2014


Persoalan itu yang sepatutnya dijawab oleh Si Mahfuz Bean ni sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat. Sibuk sangat nak desak Majlis Fatwa buat pendirian, tapi PAS sendiri macam mana?

Diorang sibuk suruh Majlis Fatwa ambik tindakan mengenai isu berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Bukan Islam. PAS pulak bila nak ambik tindakan?

Takkan diorang nak duduk diam pulak kan? Bukan ke diorang jugak yang sibuk mendabik dada kata diorang ni semuanya nak memperjuang dan menegakkan Islam. Jadi sekarang, macam mana?

Kalau ikut ketetapan dan pendirian Majlis Syura PAS, diorang menolak penggunaan kalimah Allah ni oleh orang yang bukan Islam. Kiranya, Majlis Syura PAS tak setuju kalimah tersebut diguna pakai dalam Bible.

Tapi menengok ke pemimpin - pemimpin PAS yang ada pada hari ni, dah semakin ramai pulak yang menyokong penggunaan kalimah tersebut secara terang - terangan.

Malah ada yang sanggup bermati - matian mempertahankan perkara tersebut bagi puak - puak Evangalist tu dan membelakangkan ketetepan parti sendiri. Orang macam ni yang perlu dikenakan tindakan oleh PAS, bukan setakat nak suruh orang lain je ambik tindakan!!!
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyelesaikan segera kekeliruan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang kembali diperdebatkan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Majlis Fatwa perlu memanggil satu mesyuarat untuk menyatakan pendirian mengenai perkara itu.

Menurutnya, penggunaan enakmen agama Islam dan keputusan perbincangan Kabinet mengenai perkara itu telah mengelirukan semua pihak.

"Majlis Fatwa kena buat penetapan, nyatakan pendirian mengenai penggunaan kalimah ALLAH ini. Majlis Fatwa kena panggil segera dan berunding bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku kepada rakyat yang beragama Islam, bukan Islam, Pas dan Umno, semua keliru.

"Undang-undang atau penyelesaian ini mesti ada satu betul dan satu tak betul, sebab al-Quran yang kita guna hanya satu, tak ada Selangor guna al-Quran lain, Putrajaya guna al-Quran lain," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bila mahfuz nak PAS anjurkan demo besar-besaran diseluruh negara membantah rampasan bible versi melayu yang mentrinitikan kalimah Allah. Unit amal PAS dinasihatkan bersedia bila2 masa untuk berdemo sakan depan SOGO, Dataran Merdeka dan Padang Merbok sambil mengguling-gulingkan badan ditengah2 jalan dengan berteriak seperti berikut:
    1. kami mahu JAIS pulangkan semula bible versi bahasa Melayu kepada persatuan bible Selangor.
    2. Sultan tiada hak untuk melarang Kalimah Allah ditrinitikan
    3. Apa salahnya Kalimah Allah di trinitikan. Senang orang Melayu/Islam tukar agama
    4. Jangan percaya kedua-dua Harun dalam Majlis Syura PAS. Kedua-dua mereka tu bukan Islam sejati seperti Unit Amal PAS

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping