Isnin, Januari 06, 2014


Lima beradik tidak dapat memulakan sesi persekolahan mereka tahun ini setelah keluarga mereka dihalau keluar rumah sehelai sepinggang Selasa lepas akibat bapa mereka tidak mampu bayar sewa rumah di Kampung Tedung Pantai, Jasin.

Bapa mereka, Ahmad Sharoni Man, 50, seorang buruh kasar berkata lima anaknya masing-masing berusia 7, 9, 10, 11 dan 13, sepatutnya memulakan sesi persekolahan Khamis lepas, tetapi tidak dibenarkan mengambil keperluan sekolah di dalam rumah mereka yang dikunci dan dipalang adik tuan rumah itu.

Lebih menyayat hati, anak bongsunya Muhammad Nur Iman yang berusia tujuh tahun juga tidak dapat mula bersekolah.

Ahmad Sharoni mempunyai lapan orang anak, dan masih perlu menampung perbelanjaan bagi anaknya yang sedang mendapat rawatan akibat kemalangan, isterinya yang kurang upaya serta anak sulungnya yang sedang belajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

"Saya menyewa rumah itu selama enam bulan dan sewa rumah tertunggak selama dua bulan berjumlah RM300... bukan sengaja tidak mahu membayar sewa rumah tetapi ada masalah kewangan," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.

Menceritakan kejadian tersebut, Ahmad Sharoni berkata kira-kira pukul 5.30 petang, adik pemilik rumah yang tinggal di Singapura itu bersama kira-kira 10 anggota keluarga dan rakannya datang ke rumah sewa terbabit untuk menghalau keluarganya.

"Ketika kejadian, saya dan isteri tiada di rumah, saya sedang bekerja di Ayer Keroh dan menerima panggilan daripada anak kedua, Norsyaronipah Haziqah, 17, memaklumkan keluarga saya dihalau keluar kerana tidak bayar sewa," katanya.

Dia kemudian meminta bantuan rakannya untuk melihat keadaan keluarganya serta cuba berbincang dengan adiknya untuk memberi masa kepadanya untuk menjelaskan sewa yang tertunggak, namun gagal.

Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata pihaknya akan memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) untuk Ahmad Sharoni menjelaskan bayaran tunggakan sewa rumah tersebut bagi membolehkannya mengambil barangan serta dokumen penting keluarganya dari rumah itu.

"Pembela BN Melaka juga akan membuat permohonan untuk menempatkan keluarga ini di rumah milik kerajaan negeri dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata Pembela BN Melaka juga cuba menghubungi pemilik rumah berkenaan, tetapi gagal dan berharap pihak terlibat tampil untuk bekerjasama bagi menyelesaikan masalah itu. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping