Memang menyedihkan bila kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh minah ni. Nampak sangat yang dia takut nak buat pendirian dia sendiri mengenai isu serbuan JAIS baru - baru ni.
Dia hanya berani buat kenyataan yang sekadar 'Playsafe' untuk menyelamatkan diri dia sendiri namun membelakangkan dasar perjuangan parti yang disertainya sejak sekian lama.
Mana tidaknya. Diatas pentas, puak - puak parti dia jugak yang suka mendabik dada mengatakan yang kononnya hanya mereka sahaja yang berjuang untuk menegakkan Islam.
Tapi hakikatnya, dalam dunia realiti mereka hanya berjuang demi kepentingan Politik diri mereka semata - mata. Bukannya diorang berjuang demi menegakkan Islam tu sendiri.
Jauh sekali diorang nak memperjuangkan kesucian Islam tu secara keseluruhan jika ianya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kepentingan Politik mereka secara lansung.
Kalau isu tu tak mendatangkan sokongan rakyat kepada mereka, sudah tentu isu tersebut hanya akan dipandang sepi. Sebaliknya, jika isu itu boleh membuatkan orang sokong diorang, sudah tentu ianya akan dijaja habis - habisan.
Bayangkan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh minah tu, dia menyifatkan tindakan JAIS membuat serbuan sebelum ini "betul TETAPI salah dari segi moral".
Disitu sahaja kita sudah dapat melihat pendirian minah ni berbelah bahagi. Dia masih tak berani nak menyokong tindakan JAIS biarpun tindakan itu betul dari segala sudut.
Sebaliknya dia menyifatkan tindakan tersebut salah dari segi moral kerana ianya hanya menimbulkan kontroversi demi kepentingan Politik pihak tertentu semata - mata.
Sekarang kita soal pulak Minah tu. Siapa yang terlebih dahulu menimbulkan kontroversi dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi orang Bukan Islam ni sebenarnya? Adakah JAIS yang memulakan isu tersebut?
Realitinya, puak - puak Evangalist tu yang membuat 'Kesalahan Moral' kerana sengaja membangkitkan isu tersebut tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam di Malaysia ni.
Dan untuk apa diorang bangkitkan isu tersebut jika bukan demi kepentingan Politik pihak - pihak tertentu juga? Jika benar Si Minah ni nak memperjuangkan Islam, sudah pasti dia dapat melihat isu ini dari sudut yang sama.
Tapi disebabkan dia sendiri TAKUT kehilangan sokongan serta undi dikalangan mereka yang bukan beragama Islam, maka nak tak nak dia terpaksa la buat pendirian sedemikian. Semua tu untuk kepentingan Politik dia juga, bukannya untuk kepentingan Islam!!!
Saya sokong apa yang JAIS kakukan. Sekarang memang ramai yang membangkang atas tindakkan JAIS. Agaknya apa pulak kata mereka jika banyak orang Islam yang terpesong akidah atas sebab JAIS tidak ambil tindakan dari mula. Mereka ini cuma nampak apa yg ada sekarang tapi tak fikir apa akan jadi dlam jangka panjang.
BalasPadamAnggaplah sebuan yg dilakuksn JAIS umpamanya pihak berkuasa menyerbu pusat pengedaran dan merampas video lucah. Kalau biarkan ianya akan merosak akhlak anak anak kita.
Baru sedikit dugaan Allah kepada orang Melayu Islam sudah mula nampak warna orang Melayu sebenar! Kalau agama Islam hanya terletak pada serban, kopiah, jubah dan songkok sahaja, maka itulah hasilnya! Tidak akan berubah apa- apa kalau iman orang Melayu Islam nilainya sepuluh sen! Ramai Melayu Islam yang sayangkan kelazatan dunia tetapi berlakun "warak"! Lantas tidak akan ada kejujuran dan keberanian dalam perjuangan Islam yang sebenar! Muhabahlah orang Melayu Islam!
BalasPadamKini Islam sudah dikalahkan oleh kristian. Yg membantu memenangkan kristian ialah orang Islam juga. Sejarah sedang berulang.
BalasPadam