Nampak gayanya bahang pemilihan Parti Kecohkan Rakyat tu dah semakin terasa. Sekarang dah mula dah ada gerakan nak menjatuhkan diantara satu sama lain. Terutama sekali diantara Khalid Ibrahim dan Azmin.
Persaingan mereka berdua yang dikatakan bakal merebut jawatan Presiden parti tu memang cukup hangat diperkatakan pada ketika ini. Malah perbalahan diantara mereka juga semakin ketara.
Sejaka akhir - akhir ni memang nampak sangat yang diorang bersaing secara terang - terangan. Cuma dalam keadaan Politik yang 'Tak Berapa Sihat' la.
Kalau sebelum ini, kita dah pernah baca berita mengenai ketidakpuasan hati Si Azmin tu terhadap Khalid dalam ruangan media. Macam - macam dakwaan dia dah buat terhadap Khalid.
Dikatakan hubungan diantara mereka juga semakin meruncing apabila Si Azmin tu dilihat sengaja mempersalahkan Khalid berkaitan isu kenaikkan gaji ADUN di Selangor.
Azmin menuduh Khalid tidak membincangkan soal isu kenaikkan gaji itu sebanyak 400 peratus tu dengan BBC sebelum ianya dibentangkan dalam sidang DUN yang lalu.
Ekoran tuduhan tersebut serta campur tangan dari Si Ketua Penipu membuatkan seluruh kepimpinan Pakatan Haramjadah tu mendesak supaya Khalid mengkaji semula tindakannya.
Namun sampai hari ini, Khalid hanya buat endah tak endah malah membiarkan isu itu lepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan yang selanjutnya.
Tak cukup dengan itu, perseteruan Khalid dan Azmin juga turut melibatkan Faekah apabila kedua - duanya bercanggah pendapat mengenai kuasa serta peranan Faekah dalam Rejim Pakatan Selangor.
Maka, tak mustahil la jika isu pemecatan Azmin dari menjadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS boleh dianggap sebagai salah satu taktik yang dilakukan oleh Khalid untuk menyingkirkan Azmin.
Tapi, jangan salah sangka pulak. Semua persaingan ni bukan untuk kepentingan parti. Sebaliknya perseteruan diorang tu hanya demi kepentingan diri masing - masing. Bukannya untuk kepentingan rakyat sangat pun!!! Jenis manusia gila kuasa, memang macam tu la gayanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.