Selasa, Januari 28, 2014


Seandainya kita baca dari satu sudut, nampak gayanya puak - puak Parti Angguk Saja ni pun tak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu.

Tapi apa boleh buat. Sejak dari dulu lagi orang dah bagi tau. PKR ni kerjanya memang suka buat kecoh tak tentu arah. Tak kira masa, tempat dan waktu. Kecoh je memanjang diorang tu.

Jadi, tak payah la PAS nak rasa kecewa sangat dengan apa yang dilakukan oleh puak - puak PKR tu. Sebenarnya semua ni salah diorang sendiri jugak. Bukannya salah orang lain.

Sapa suruh diorang nak sangat berkawan dengan puak - puak PKR tu. Sekarang dah diorang pun terjebak sekali. Jadi Pak Malang. Itu akibatnya bila suka sangat jadi Pak Angguk Saja.

Hari tu dah elok dah ada desakan dari akar umbi PAS supaya pemimpin PAS ni diangkat menjadi Menteri Besar Selangor memandangkan PAS ada kelebihan kerusi DUN berbanding PKR.

Tapi bila PKR bagi amaran dan buat provikasi terhadap tuntutan PAS tu, semuanya Pakat Angguk Saja. Semua diamkan diri. Desakkan tu terus jadi layu dibuatnya. Senyap begitu je.

Malah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang menafikan tuntutan tersebut dan seolah - olah bersetuju pulak dengan pendirian yang dibuat oleh PKR tu. 

Diorang pulak yang menyalahkan ahli - ahli PAS kerana menjadi penyebab kekalahan PKR di DUN Kota Damansara. Bukannya diorang nak sokong tuntutan yang dibuat oleh ahli - ahli PAS.

Nah!!! Sekarang bila kemelut kepimpinan Negeri Selangor tu berlaku dengan perebutan jawatan sebagai Menteri Besar, PAS nak meroyan apa lagi? Sendiri yang pandai cari penyakit, sendiri tanggung la!!! Jangan pulak diorang nak menyalahkan orang lain!!!

Status dari FB Ahli Parlimen PAS Temerloh
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. ANGGUK SAJE LA.......

    BalasPadam
  2. Disaat kita perlu berjimat-cermat, senang2 jer buang duit utk buat PRK, berkempen siang/malam, buat/pasang/turun poster, duit kopi/makan/minyak/hotel dan banyak lagi HANYA untuk apa yek??????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping