Hairan bukan? Tak pernah lagi sebelum ini kita dengar Si Ketua Penipu tu beria - ia benar nak adakan perbincangan dengan mana - mana pihak lawan yang menentang dia selama hari ini.
Tapi sejak kebelakangan ni, nampak gayanya dia pulak yang dah semakin menggelupor dan terdesak nak diadakan perbincangan tersebut sampai terpaksa diulang sebanyak dua kali.
Si Ketua Penipu tu sebelum ini telah membuat tawaran untuk mewujudkan 'Konsensus Nasional' dengan Kerajaan Barisan Nasional. Dan tawaran tersebut telah diulangi sebanyak dua kali.
SH ingat lagi bila sebelum ini Kerajaan tawar untuk buat perbincangan atas dasar yang sama, Si Ketua Penipu tu hanya memperlekehkan tawaran tersebut dengan dakwaan yang bukan - bukan.
SH ingat lagi bila sebelum ini Kerajaan tawar untuk buat perbincangan atas dasar yang sama, Si Ketua Penipu tu hanya memperlekehkan tawaran tersebut dengan dakwaan yang bukan - bukan.
DULU, dia jugak yang menghina kononnya UMNO ni dah 'Gilakan Janda' lama. Dia dakwa UMNO yang dah buang dia sebelum ini, sekarang baru terhegeh - hegeh nak 'Merujuk' semula.
Dalam dakwaan yang dia buat pada ketika itu menggambarkan KONONnya UMNO yang ada pada hari ini dah semakin terdesak bila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang lepas.
Malah tidak cukup dengan itu sahaja. Si Ketua Penipu dan konco - konco dia jugak turut memperlekeh dan menyindir PAS yang mahu bermuzakarah dengan UMNO secara terbuka.
Mereka cuba untuk menggagalkan usaha muzakarah yang telah dicadangkan oleh Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS yang lalu. Macam - macam dakwaan yang dibuat pada ketika itu.
Nah!!! Sekarang, semua tu dah terkena balik pada batang hidung Si Ketua Penipu tu bila dia pulak yang terhegeh - hegeh nak mengadakan 'Konsensus Nasional' dengan Kerajaan Barisan Nasional.
Bunyinya nampak macam berbeza, tapi hakikatnya tetap sama. Tujuannya serupa, cuma penggunaan bahasa tu je yang lain. Si Ketua Penipu tu pulak yang 'Gilakan Janda Lama'.
Kerajaan Barisan Nasional guna 'Perbincangan'. PAS pulak guna perkataan 'Muzakarah'. Yang Si Ketua Penipu tu pulak menggunakan 'Konsensus'. Pengertian ketiga - tiganya sama.
Persoalannya, kenapa baru sekarang Si Ketua Penipu tu sesak nak 'rujuk semula dengan janda lama dia'? Kenapa tatkala parti dia dilanda pelbagai masalah baru dia nak buat semua tu?
Kan nampak sangat macam ada benda yang tak kena dengan cadangan Si Ketua Penipu tu? Maka tak salah sekiranya ada pihak yang skeptikal dengan tawaran yang dia buat. Maklum la. Si Ketua Penipu tu kan memang suka menipu. Jadi, jangan la kita mudah kena tipu dengan dia pulak!!!
bertenang sejenak, Tanya diri kita siapa ketua penipu ni, siapa ketua penipu ni, siapa ketua penipu ni, Tanya berkali kali, kalau dah jelas dan faham siapa dia, boleh ke kita memileh org seperti ini sebagai pemimpin,, dia boleh tipu satu Malaysia pasal pengundi bangla, dia boleh tipu satu Malaysia dan dunia dia akan ambil putra jaya dengan membeli wakil rakyat, dia boleh heboh tak kenal kawan dia yang pergi bersama berjumpa minah cina, apa semua ni, sekarang nak jadi adun kajang.. fikir untuk kebaikan kepada masa depan kita... tolak anwar
BalasPadam