Demikian diantara peringatan yang diberikan oleh sesetengah penyokong puak - puak Parti Angguk Saja tu berikutan kemelut yang melanda Negeri Selangor pada ketika ini.
Jika semalam, pemimpin PAS diperingkat Negeri telah pun menyuarakan pandangan masing - masing. Jelas, mereka mengecam tindakan yang telah dilakukan oleh PKR dengan rasa kecewa.
Kekecewaan mereka kerana PKR membuat keputusan tanpa merujuk kepada mana - mana pihak dalam Pakatan sebelum membuat keputusan tersebut. 'Konsensus Bersama' hanya Retorik semata - mata.
Tak kurang juga yang melontarkan pandangan bahawa tindakan PKR tu jelas mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.
Jelas mereka, tindakan meletakkan jawatan sebagai ADUN selepas diberi kemenangan besar itu tidak wajar dan Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan hanya merugikan dana kewangan rakyat.
Tapi, perlu diingatkan. Jangan kita mudah sangat percaya dengan sandiwara PAS tu secara terang - terangan. Itu belum turun 'Wahyu' dari atas lagi. Kita tak tau apa pandangan orang atasa.
Setakat yang kita tau hanya pendirian yang diluahkan oleh Mantan Ketua Pemuda PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh tu sahaja. Yang lain kita belum pasti apa pandangan mereka.
Nak pulak nama - nama besar macam Si Mahfuz Bean, Khalid Gereja dan lain - lain. tentunya kita semua menunggu 'Wahyu' besar dari Presiden PAS mengenai isu ini.
Menyedari hakikat itulah, penyokong - penyokong PAS diperingkat akar umbi sudah pun membuat ketetapan supaya PAS tidak terjebak menjadi golongan Munafik.
Jangan hari ni diorang anggap tindakan PKR tu sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat tapi dikemudian hari diorang jugak yang sokong Si Ketua Penipu tu. Kalau itu penyudahnya, memang tak boleh nak kata apa la. Memang PAS selamanya jadi Pak Angguk Saja!!!
Persoalan utama... Siapakah yang buat video ais krim assmin... Ia perlu ditimbulakan semula.. Mereka bercakaran org lain yg dituduh...
BalasPadam