Jumaat, Januari 31, 2014


Alamak ai!!! Hebat betul Si Khalid Samad ni rupanya ye. Tak sangka pulak yang dia ada 'khasyaf' yang tinggi sampai semua benda dia boleh tau sedangkan dia bukan ahlinya.

Sedangkan isu dalaman parti sendiri pun dia masih tak dapat nak selesai, inikan pulak dia nak menyibuk dalam hal rumah tangga orang lain? Sibuk betul dia nak jaga tepi kain orang.

Tapi, apa boleh buat. Itulah tanda - tandanya manusia yang tak sedarkan diri. Bila masalah rumah tangga sendiri pun dia tak mampu nak urus, maka sebab itulah dia sibuk nak jaga tepi kain orang.

Rasanya lebih elok kalau dia terus masuk je jadi ahli PKR daripada dia sibuk nak duduk dalam PAS dan terus merosakkan akidah umat Islam dalam parti tu. Sekurang - kurangnya, dia boleh buat apa saja bila dah jadi ahli PKR. Nak sokong Gereja mana pun orang tak peduli!!!
SHAH ALAM: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Khamis mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.

"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.

Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

"Usaha untuk membawa masuk Anwar ke dalam pentadbiran Selangor juga dibuat kerana PKR percaya hanya Ketua Umum parti itu yang mampu meredakan keadaan tegang berikutan isu dalaman parti," katanya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Khalid ni kalau ada tumbuh tanduk apa rupa dia... tst...dear Khalid, think Islamic, behave Islamic, be more Islamic in your words and actions...salam jumaat.

    BalasPadam
  2. Wahai! khalid, jadilah seorang pemimpin Islam yg sejati. Janganlah kau merosakkan agama suci Islam dgn berpolitik yg mengelirukan rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping