Khamis, Februari 20, 2014


Alamak ai!!! Baru puak - puak dalam Suara Keldaidaily tu nak tabur fitnah pada Si Azmin. Dah ada yang bising - bising tak tentu arah. Tak best lansung. Nak buat lawak sikit pun tak boleh.

Baru kena kritik, dah ada orang nak buat kecoh tak tentu arah. Macam la Si Azmin tu bagus sangat sampai orang lain tak boleh nak kritik dia secara terang - terangan. Si Azmin tu bukannya maksum!!!

Kot kalau jenis tak boleh nak kena kritik, tak payah la sibuk nak jadi pemimpin. Baru kena perli sikit dah nak meroyan macam orang hilang akal. Tak 'gentle' lansung. Tapi, kalau dia kritik orang lain boleh pulak. Nampak sangat la yang diorang ni betul - betul berat sebelah!!!
SHAH ALAM: Pengarang akhbar Suara Keadilan menafikan ralat artikel kolumnis Hishamuddin Rais yang disiarkan pada bilangan 161 bertarikh 18 Februari 2014 ada kaitan dengan arahan daripada kepimpinan parti.

Sidang pengarang Suara Keadilan berkata, perkara itu tidak pernah menjadi isu dan ia tidak patut diperbesarkan, lapor The Malaysian Insider.

"Tidak ada kena mengena langsung dengan arahan parti, ia keputusan pihak pengarang.

"Ia sepatutnya tidak menjadi isu kerana sekarang ini kita fokus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata sumber yang enggan didedahkan namanya.

Terdahulu, dalam akhbar PKR isu 161 pada muka surat 22 menyiarkan ralat daripada pengarang Suara Keadilan berhubung artikel Hishamuddin.

"Suara Keadilan dengan ini melahirkan kekesalan dengan penyiaran rencana berkenaan di muka surat 22 yang disiarkan Suara Keadilan keluaran 160 oleh Hishamuddin Rais bertarikh 11 Februari 2014.

"Kami ingin menegaskan bahawa rencana itu tidak seharusnya dicetak di dalam akhbar ini. Sehubungan itu akan memastikan perkara tidak akan berulang pada masa akan datang," dipetik daripada akhbar tersebut.

Ralat itu juga menyiarkan permohonan maaf daripada pengarang kepada pemimpin dan ahli PKR.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan lidah rasmi parti itu diminta untuk memberi penjelasan ekoran penyiaran artikel kolumnis Hishamuddin bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan menfitnah timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping