Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Zaharuddin Mohamad hari ini menegur kepimpinan PKR agar tidak terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Katanya, ini kerana bagi mengelak ‘senjata makan tuan’. Menurutnya, segelintir pemimpin pakatan pembangkang termasuk Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli terlalu ghairah membuat kenyataan.
Beliau juga turut mengingatkan rakan sekutunya itu untuk tidak mengheret PAS terlalu jauh dalam politik berkenaan.
“Saya meneliti ucapan dan tulisan Rafizimengenai isu Kajang. Saya nak komen sedikit sahaja, jangan banyak ‘berstatement’ dalam berpolitik dalam isu Kajang takut nanti ‘senjata makan tuan’.
“Kami (PAS) mengamalkan politik telus bila berdepan dengan rakyat. Jangan jadikan kami serba salah antara menjaga amanah ketelusan kepada rakyat atau menjaga rakan Pakatan,” tegas Zaharuddin melalui laman sosial Facebooknya.
“Saya harap ini juga berlaku kepada Rafizi. Tolong jangan heret kami terlalu jauh,” katanya.
Sebelum ini Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS menggesa ADUN Kajang, Lee Chin Cheh memberikan penjelasan bertulis yang munasabah kepada ketua pergerakkan itu dan jika gagal, mereka akan memboikot pilihan raya kecil yang akan ditandingi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Jabatan itu juga menganggap peletakan jawatan ADUN berkenaan sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang sekali gus membelakangkan semangat ‘syura’ dalam kalangan Pakatan di negeri itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya menunggu arahan daripada Jawatankuasa PAS Pusat untuk bertindak dalam isu PRK DUN Kajang ini.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mengakui Anwar Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan mudah dalam PRK DUN Kajang.
Katanya, ini kerana terdapat beberapa halangan yang bakal dihadapi Ketua Umum PKR itu antaranya ialah kekurangan sokongan pengundi muda khususnya di pusat daerah mengundi PDM Sungai Sekamat, Sungai Kantan, Taman Delima, Kantan Permai dan Batu 10, Cheras.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka itu berkata ini kerana pada PRU-13 lalu PKR hanya menang tipis dan kalah teruk di kelima-lima PDM.
Sehubungan itu, AMK akan menubuhkan satu pasukan khas untuk bertemu pengundi terutama golongan muda sekali gus memberi keyakinan kepada mereka supaya mengundi Anwar nanti.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.