Rabu, Februari 05, 2014


Apa boleh buat, dah itu pilihan diorang. Kita cuma mampu terima biar pun pelbagai hujah sudah diketengahkan. Kecewa tidak, cuma terkilan la sikit dengan keputusan yang telah diberikan.

Sedangkan SPR ada cara untuk menghalang pembaziran dan pengkhianatan yang dilakukan oleh PKR terhadap penduduk di Kajang. Mereka boleh mengelakkan diri dari terjebak dalam Politik kotor sedemikian.

Tapi mereka tetap jugak nak menghalalkan Pilihan Raya yang dianggap Haram tu. Nak jugak diorang layan nafsu besar puak - puak PKR dan membiarkan rakyat terus dikhianati secara terang - terangan.

Sebelum ini, pelbagai pihak mengecam tindakan yang dilakukan oleh ADUN Kajang yang Sengal tu kerana dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat dikawasan tersebut.

Malah ada yang menganggap ianya sebagai satu tindakan menghina penduduk di Kajang dan perkara itu turut dibantah oleh penduduk dikawasan tu sendiri. Mereka malu dengan tindakan ADUN Kajang yang Sengal tu.

Tindakan ADUN Kajang yang Sengal tu letak jawatan adalah untuk memberi laluan kepada Si Ketua Penipu tu bertanding dan seterusnya membuka ruang untuk dia jadi Menteri Besar Selangor.

Seandainya perkara itu berjaya, maka boleh la kita ucapkan selamat tinggal kepada Selangor kerana bakal dijual oleh Si Ketua Penipu tu. Kot kalau itu yang diorang nak, terpulang la pada penduduk di Kajang pada 23 Mac nanti. Jangan diorang menyesal dikemudian hari sudah la!!!
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan  23 Mac depan sebagai tarikh PRK Dun Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semua yang terlibat dengan PRK Dun tersebut perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Beliau juga berkata tarikh penamaan calon  akan bermula pada 11 Mac ini, manakala tarikh pengundi awal pada 19 Mac.

"Semua perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di bangunan SPR, hari ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping