Nasib la ye tak. Kalau dah jenis kemaruk tak tentu arah macam ni memang payah. Sama jugak la macam Si Ketua Penipu tu. Dia pun ada masalah kemaruk yang kronik jugak.
Buat la macam mana cara sekali pun, dah tentu tak boleh nak diubat dah. Kalau dah jenis kemaruk Gila Kuasa tu, apa benda pun dia sanggup buat. Waima menghina dan mengkhianati rakyat sekali pun. Janji dia dapat penuhi keghairahan dia sendiri. Itu je yang penting!!!
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merakam video dua wanita yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit.Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor memutuskan Zulkarnaen Toharudin, 27, dihukum penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan dan dia perlu menjalani hukuman itu secara berasingan bermula Khamis.Bagi pertuduhan pertama, Zulkarnaen yang bekerja sendiri didakwa merakam video wanita berusia 37 tahun yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit dengan maksud hendak mengaibkan kehormatannya di sebuah rumah ProjekPerumahan Rakyat (PPR) di Sentul pada 6.15 pagi, 28 Disember 2013.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seoranglagi wanita berusia 46 tahun di PPR sama pada 6.30 pagi, 28 Januari lepas.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Mengikut fakta kes, seorang lelaki yang juga merupakan kenalan kepada suami wanita berusia 37 tahun itu telah melihat rakaman tersebut daripada tertuduh lalu memaklumkan perkara itu kepada suami mangsa.Suami mangsa kemudian merampas kad memori telefon bimbit itu sebelum memastikan terdapat rakaman video isterinya yang sedang mandi. Dalam kad memori itu juga terdapat rakaman video mangsa berusia 46 tahun.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh kerana ia kesalahan serius dan perbuatan itu sangat mengaibkan serta memberi tekanan kepada kedua-dua mangsa.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.