Jumaat, Mei 23, 2014


Alamak! Apa ni? Kenapa pulak Menteri Besar Kelantan ni nak balun pendirian Si Gundik Kit Siang tu berkaitan dengan perlaksanaan Hudud yang dicadangkan oleh PAS?

Tatkala PAS sibuk keluarkan fatwa songsang bagi menghalalkan ahlinya mengundi serta menyokong Si Gundik Kit Siang tu menolak Hukum Hudud, lain pulak kata MB Kelantan ni.

Dia menyifatkan kenyataan serta pendirian yang dibuat oleh Si Gundik Kit Siang tu lebih mengelirukan rakyat dari pendirian yang dibuat oleh GERAKAN.

Bagi MB Kelantan tu, sebagai seorang Muslim, Si Gundik Kit Siang tu perlu mengormati serta menjaga batasan tuntutan agama yang dijelaskan dalam Al - Qur'an.
"Seseorang yang beragama Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud. 

Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza. Hak seseorang islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan.

"Masih ramai pengundi melayu dan beragama Islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut. 

Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat," katanya yang dipetik melalui posting di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.
Heh! Tak cukup dengan itu sahaja. Malah MB Kelantan tu juga turut mengingatkan kepada Si Gundik Kit Siang tu agar tidak menjadikan Hudud tu sebagai satu bahan ejekan.

Makanya sudah jelas bahawa Si Gundik Kit Siang tu sendiri pun tak faham mengenai perlaksanaan Hudud yang dicadangkan oleh PAS sebelum ini.

Kalau nak dibandingkan dengan GERAKAN, kita boleh terima akal sebab diorang bukan dari kalangan orang Islam. Tak heran la kenapa diorang menolak perlaksanaan Hukum tersebut.

Tapi kalau yang tak fahamtu dari kalangan orang Islam sendiri, itu dah lain cerita. Kalau diikutkan fatwa PAS sebelum ini, orang yang tolak Hudud maknanya orang tu Kafir. 

Jadi, kenapa pulak diorang boleh nak menghalalkan Si Gundik Kit Siang tu menolak Hudud dan takut nak labelkan dia sebagai Kafir? Kot ye pun diorang ni berahi sangat nak menyokong Si Gundik Kit tu, jangan la sampai tahap nak me-MUNAFIK-kan diri sendiri!!!
Categories: ,

20 ulasan:

  1. Sorry bang. PAS dan DAP tetap bekerjasama seperti kata pemimpin Pakatan. Walau mempunyai cita2 masing2. Kerana mereka faham cita2 tu boleh di satukan satu hari nanti ke arah keadilan yang diperjuangkan Islam di bawah panji2 Islam sebenar.

    Biasalah pemimpin Pas menyatakan kebenaran walaupun susah.

    Mari bersama Pakatan dan perjelaskan hudud.

    BalasPadam
    Balasan
    1. What the hell you talking - talking man??? Laluk ka??? Nak bersama Pakatan perjelaskan Hudud apa jadah kalau DAPigs dah terang - terang kata depa tak mau Hudud? Hang mabuk ka awang oi!!!

      Padam
    2. Mungkin mamat ni lalok daun ketum kot. Dok ikut perangai Mahpuz...

      Padam
  2. what are you smokin' man?
    "cita2 itu boleh disatukan". What are you smokin' man? Seorang pi timor, seorang pi barat, camno tu? What are you smokin' man?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorang pi Timur, sorang pi Barat ..... akhirnya mereka akan bertemu juga di Tanjung Rambutan ...

      Padam
  3. Sewel ke tanpa nama 6.22 pm?

    Ko mcm bru hidu gam jer buat ayat kurang berakal..DAP dh jelas2 anti Islam dan pnyokong kuat zionis..nak bersatu gapo lagi

    BalasPadam
  4. Pas dalam delima.mut. pas jadi persatuan koperasi. Masjid sudala, tin milo jadi sumber koperasi, puasa zakat derma penuhkan tin milo.ko pas mintak sedekah dengan dap buat apa.agama tergadai.

    BalasPadam
  5. Kalau lah si gadis itu calon UMNO dan bercakap macam itu, aku rasa macam langit jatuh ke bumi di hentam oleh PAS dengan melebelkan dia kafir laknat dan sesiapa yang menyokongnya turut sama bersubahat dalam penentangan terhadap hukum hudud. Tapi bila si gadis ni gundik LKS yang merupakan rakan pakatan, maka lain lah sebutan dia. Konon cakap2 itu mengelirukan...... amboi lembut nya. Udah2 ler... berterus terang saja kan senang. Cakap2 MB Kelantan ini pun macam mengelirukan rakyat pula.

    BalasPadam
  6. Demi politik songsang pas tetap mengadai Islam sebagai modal politik mereka kononnya orang melayu Kalau tak nak hudud sokong pkr atau dap sebab tak berdosa dan pas akan sokong sepenuh hati. Inilah politik memperbodohkan penyokong.poltik songsang demokrasi lintang pukang itu puak pembangkang.

    BalasPadam
  7. Anon suma. Allah suruh kita berusaha. Pas akan terus berusaha sedarkan DAP.

    Bee end tak usaha langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha memudaratkn diri sendiri

      Padam
    2. Dah berapa lama bersekongkol antara PAS dgn DAP? Kalau kat U dah dari diploma ke Phd. DAP tu bukan saja masih tak sedar atau berubah tetapi sebaliknya menentang.

      Patut la org cakap PAS ni umpama penjilat najis DAP. Takkan ini pun PAS tak tahu.

      Padam
    3. PAS berusaha sedarkn...??? hahaha this is funniest joke i ever heard today...
      pas nk sedarkn dapigs? atau yg sebenarnye.. dapigs nk sesatkn pas??

      Padam
  8. cis pegi la pas duk bohong orang islam dari dulu lagi.tak takut ke woi..duk main agama untuk undi.dri dulu lagi dah duduk dgn pkr dap baru skg mahu cita kasi terang hudud sama dap.p da...bohong je...terang terang dap tolak hudud tak faham ke.bodoh.

    BalasPadam
  9. Anon 9:33

    Tolong klik di blog ini.
    http://santauberapi.blogspot.com/2014/05/prk-teluk-intan-dan-prk-bukit-gelugor.html

    Dan....


    http://terbey-lastik.blogspot.com

    Tolong baca sampai habis ye. TQ

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum wmt,
    Sahlah Pas berserta pemimpin pusatnya tak sehaluan dgn Kerajaan Pas Kelantan.
    Apa tidaknya, yg nak bentangkan usul tu di Parlimen ialah Pas Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan. Bukannya Pas Pusat.
    Isunya adalah isu perundangan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Bukannya isu politik seperti yg dihebohkan pemimpin dan penyokong Pas di luar kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan.
    Siapa mereka dalam isu Hudud Pas Kelantan?
    Jika Pas Pusat berkuasa dan berhak membantah usul Kerajaan Pas Kelantan, ruang yg ada badi Pas Pusat hanyalah memecat kepimpinan Pas Kelantan.
    Kalau Kerajaan Pas Kelantan terus mahu membawa usul Hudud Kelantan ke Parlimen, apa Pas Pusat boleh buat?

    Kpd sahabat-sahabat yg memberikan komen diharap benar-benar faham duduk perkara isu Hudud Kelantan ini. Jangan dok layan kata-kata dan komen orang yg takl ada autoriti, walaupun pemimpin Pas. Apatah lagi insan seperti MSO yg pro Husam Musa dan masih tak puas hati dgn MB Kelantan sekarang.
    Yg penting tunggu dan lihat apa yg bakal dilakukan kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan.

    Kalau antara pemimpin Pas Pusat dgn kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan tak sehaluan, inikan pulak pemimpin DAP dan PKR.
    Isu ini hanya dipanaskan oleh DAP kerana mahukan sokongan orang Melayu pada PRK Jelutong dan Tk Intan.
    Jangan gabra dan jangan terikut-ikut dgn permainan politik DAP, khasnya agenda Lim dua beranak yg sedang berdepan dgn masalah kerana gagal dlm banyak hal kepimpinan parti mahupun kerajaan Penang.

    BalasPadam
  11. Itulah yang pelik, saya 1000% nak hudud, tak pelah Kerajaan kelantan bawak pun Alhamduillilah. Yang pelik yang pusat buat bodoh je, Harakah spin kenyataan. Kekadang ketawa lebai2 PAS tak apa-apa...dah rasa berjurus sangat dgn Islam dengan hujah ikut suka hati... ini akibat terlampau memburuk2 orang. Yang nampak PAS macam Ameno jugak. Kutuk2 ameno 24/7, yang pasti sekarang PAS lah yang paling teruk perangai. Kesian dengan orang yg benar berjuang untuk agama di hijack oleh puak, liberal dan syiah dalam PAS. Sedarlah..tak kemana. aku pernah ditipu, gerakan Islam aka gerakan politik biasa je..macam ameno juga.

    BalasPadam
  12. as salam. pengalamn sy dlm tabligh (masih aktif) kita diajar yakin pd jemaah kita selagi x berlawanan wahyu dan pada masa yg kita juga perlu meraikan pd jemaah yg lain. APA YG BERLAKU DLM PAS, MEREKA ANGGAP YAKIN DGN JEMAAH MEREKA TAPI MASA YG SAMA X MENGIKTIRAF KEISLAMAN ORG LAIN. sedangkan ahlus sunah diluar negara kita sudah banyak mengiktiraf negara kita sbg contoh yg NEGARA ISLAM. so org PAS kena bantu Kerajaan Malaysia bukan hancurkannya bersama org yg x nak HUDUD(terbukti). SETIAP AMALAN KAMU AKAN DITANYA BESOK.

    BalasPadam
  13. setuju dgn anon 9.40

    pak2 lebai pas benar2 menjual agama demi pangkat, wang dan kuasa. kata umno tolak hudud, tetapi bila pulak pas nak laksanakannya... tak ikhlas pas nak perjuang hudud, hanya nak mengikat pengikut saja.. dap dah terang lg bersuluh tolak hudud, tapi masih nak kerjasama

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping