Hahaha!!! Memalukan sungguh. Menjatuhkan maruah seorang lelaki bila ada yang BACUl tak tahan kena serang dengan seorang perempuan. Kesian sungguh dapat lelaki macam tu.
Kalah BAPUK dibuatnya!!! Apalah nasib diorang dapat lelaki macam ni ye. Jenis manusia tak de maruah dan harga diri memang macam tu gamaknya. Dah la nafsu besar, tak de maruah diri pulak. Orang macam tu sepatutnya dicampak ke lorong belakang Chow Kit, bukannya ke dalam Dewan Undangan Negeri!!!
SHAH ALAM - Nampaknya perang Twitter di antara Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, makin panas.Beberapa lama selepas Nik Nazmi membidas tindakan Faekah, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) kemudian tampil mempertahankan kenyataannya di laman sosial sama."Nasihat yang baik dari mantan setiausaha politik juga. Kempen minima di Kajang, jimat kos," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya, petang tadi.Terdahulu, Nik Nazmi menerusi laman mikro Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik ekoran tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik. Anda perlu tahu masa anda sudah tamat," tulisnya.Kemuncak perang Twitter bermula Khamis lalu apabila Faekah seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dun Kajang.Faekah secara beralas menggesa Penasihat PKR itu meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ekoran mahu bertanding di kerusi Dun Kajang.Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah."Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter miliknya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.