Hanya itu sahaja ayat yang mampu menjustifikasikan tindakan Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni berkaitan dengan isu perletakkan jawatan dia baru - baru ini.
Alasan yang diberikan memang hanya boleh dianggap sebagai satu alasan kosong sedangkan tak de lansung usaha dia sendiri ke arah untuk membangunkan warga India di Malaysia ni.
Hakikatnya, selama 8 bulan, apa kerja yang dia dah buat sebenarnya? Dah penuh ke KPI dia sendiri dalam menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri tu sendiri?
Mampu ke orang untuk melihat hasil kerja dia hanya bersandarkan kepada tempoh yang begitu singkat iaitu selama 8 bulan dia berkhidmat? Kalau setakat duduk di JPM goyang kaki, tak payah cakap la.
Adakah dia ingat Negara Malaysia ni boleh maju dengan hanya bersandarkan kepada 8 bulan sahaja selepas ianya dibentuk diperingkat Persekutuan? Persoalan itu nampak kabur bagi mamat ni.
Waima nak buat anak pun memakan masa lebih dari satu tahun dan kemudian perlu tunggu selama 9 bulan baru boleh dapat hasil. Inikan pulak nak membangunkan sesebuah komuniti.
Realitinya, dia sendiri yang bersalah kerana tak mampu nak laksanakan janji dia sendiri. Dia yang tak mampu nak buat kerja, bukannya pihak Kerajaan. Jauh sekali Perdana Menteri.
Sepatutnya, orang macam ni sejak awal - awal lagi tak perlu diberi muka lansung oleh Perdana Menteri sebab dia hanya berjuang untuk kepentingan diri dia sendiri.
Dia bukannya sanggup nak mengorbankan diri dia demi untuk memastikan janji dia dipenuhi. Sebaliknya dia hanya cari alasan untuk menyalahkan pihak Kerajaan. Inilah akibatnya bila pihak Kerajaan suka sangat 'Kutip Sampah' ditepi jalan. Penyudahnya nanti, buat semak je!!! Satu hapah pun tak de gunanya!!!
kalau la ramai org bleh buat sesuatu dgn senang..petik jari..ramai dah jd kaya raya...ramai dah je pemimpin berkaliber...
BalasPadam-smh-