Sebenarnya SH tertarik dengan satu kenyataan yang dinyatakan dalam artikel dibawah ni. Katanya, ibu bapa tu tak tau nak jawab soalan yang diajukan oleh anak - anak mereka sendiri.
Sewajarnya, ibu bapa la tempat rujukan yang paling penting dalam kehidupan anak - anak. Ibu bapa tu yang perlu menjelaskan apa sahaja persoalan yang ditanya oleh anak - anak.
Ibu bapa ni perlu tau cara untuk menjelaskan setiap persoalan yang dibangkitkan oleh anak - anak mereka sendiri. Baru la diorang boleh memantau perkembangan anak - anak tu.
Tapi, kebanyakkan ibu bapa yang ada pada hari ini mengambil pendekatan yang lebih mudah dan suka lepas tangan, maka macam - macam la masalah yang berlaku dikemudian hari.
Jadi, apa yang kita nak heran sangat kalau anak - anak zaman sekarang ni mudah terpengaruh dan terjebak dalam aktiviti yang bukan - bukan. Puncanya sebab mak bapak sendiri tak tau nak jawab soalan anak - anak diorang!!!
SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah."Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.Arul Kumar berkata, tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.
Sebenarnya tidak ada yang menarik dalam isu ini.2 ekor manusia bengong saja buat isu. Nampak sangat tak pernah buat program untuk pelajar sekolah. Dalam satu program motivasi pelajar darjah enam di Negeri Sembilan, 80% pelajar perempuan pernah menonton video lucah. Jadi soal selidik ini tidak ada masalah.
BalasPadam