Fuh!!! Ayat Mamat ni memang tak ingat beb!!! Bahasa dia memang cukup 'berlapik' akibat kerana marah bila tembelang dia dipecahkan depan orang ramai semalam.
Mungkin disebabkan kemarahan tu la dia sampai sanggup keluarkan ayat sedemikian rupa terhadap Si Zaid Al - Araki ni. Semuanya gara - gara ada dakwaan dibuat terhadap dia.
Korang bayangkan. Seorang ilmuan bertaraf Profesor keluarkan ayat macam tu terhadap orang lain sedangkan dia nak kajian yang telah dijalankan diterima oleh orang ramai secara terbuka.
Maka adakah dia pun nak orang terima komen yang dia berikan seperti dalam kenyataan dibawah? Adakah itu melambangkan seorang yang LAYAK digelarkan sebagai Profesor?
Dalam kenyataan yang dibuat hari ni, jelas Si Mamat tu telah mengeluarkan kenyataan yang memalukan status seorang Profesor bagi sebuah Universiti yang mempunyai prestij tinggi.
Semalam, Si Zadi Al - Araki tu jelas mempertikaikan hasil kajian yang dibuat oleh UMCEDEL dan mengaitkan Profesor tersebut mempunyai hubungan rapat dengan Si Ketua Penipu tu.
Kenyataan tersebut disifatkan sebagai tidak betul dan tidak memenuhi fakta yang tepat oleh Si Mamat tu. Jelas, kenyataan balas dia kelihatan seperti dia marah sebab Si Zaid Al - Araki tu dah bocorkan rahsia dia.
“Beza saya dengan Zaid, dia pernah `jilat’ Anwar dulu, saya tak pernah. Anwar pun tak tahu kami buat kajian tentang Kajang dan bakal menteri besar Selangor. Semua soalan kami sediakan sendiri,” katanya.
Alamak ai, tolong la!!! Jangan la jatuhkan maruah gelaran "Profesor tu" serendah budak - budak sekolah tadika. Buat malu je ada gelaran Profesor bila sanggup buat kenyataan macam tu.
Sepatutnya, sebagai seorang pensyarah yang bergelar 'Profesor', Si Mamat tu tak boleh jawab kenyataan tersebut dengan emosi. Ianya perlu dijawab secara 'Ilmiah' dan dia perlu terima kritikan yang diberikan.
Kalau setakat nak keluarkan kenyataan marah macam tu, kita orang biasa ni pun boleh. Maknanya, kita pun LAYAK la nak guna gelaran "Profesor". Tak payah jadi pensyarah pun tak pe.
Ini tidak. Dia dah jadi sama taraf pulak dengan Si Ketua Penipu tu yang memang terkenal dengan sifat suka meremeh - remehkan orang lain. Si Ketua Penipu tu lain la cerita. Dia hanya sekadar mampu jadi Pensyarah di tepi longkang je.
Tu pasal la dia masih tak tunaikan janji yang dia dah buat sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas. Jadi, takkan la Si Mamat yang bergelar sebagai 'Profesor' ni pun nak letak diri dia sama taraf macam Si Ketua Penipu tu? Dia pun taraf "Profesor Longkang" jugak ke!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.