Sabtu, Mac 22, 2014


Hahaha!!! Penakut jugak Si Ketua Penipu tu kena tampar dengan Tok Bomoh Sewel tu rupanya. Mungkin dia takut Tok Bomoh Sewel tu tampar dia jadi Tapir.

Tapi, apa nak takut. Kalau SH jadi Si Ketua Penipu tu, dah tentu - tentu SH akan biarkan saja Tok Bomoh Sewel tu tampar. Sekurang - kurangnya boleh jugak disaman.

Tinggal lagi, kalau Tok Bomoh Sewel tu nak tampar Si Ketua Penipu tu pun bagus jugak. Biar ada akal sikit Si Ketua Peniputu dibuatnya. Jangan dia nak bercakap main ikut sedap hati dia je. Ingat dia suka menyodol dari belakang orang takut? Ceit! Pigidah!!!
KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya. 

Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.

Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.

"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.

"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.

"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.


Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping