Nampak gayanya, detik untuk Si Khalid Samad tu membuktikan bahawa diri dia seorang pemimpin yang benar - benar "Berintegriti' sudah semakin hampir.
Sekarang dia masih ada masa kurang dari 24 jam sebelum masuk tarikh 23 Mac untuk membuktikan bahawa dia bukan sekadar pemimpin yang suka cakap ikut sedap mulut je.
Nak pulak bila dia buat kenyataan tu dalam sidang dewan Parlimen, tempat dimana "Integriti" memainkan peranan yang penting bagi setiap Ahlinya.
Jika sebelum ini, dia telah membuat tuduhan rambang terhadap pihak tertentu yang mengaitkan "Campur Tangan Eksekutif" dalam keputusan kes liwat Si Ketua Penipu tu.
Tempoh 11 hari telah pun diberikan, bermula dari saat kenyataan tersebut dibuat didalam sidang Parlimen untuk dia membuktikan tuduhan tersebut. (Klik Sini)
Kenyataan Si Khalid Samad tu dibuat bagi menjustifikasikan mengenai ketidak-hadiran puak - puak Pembangkang ke sesi sidang Parlimen pada hari kedua.
Kata dia, mereka berbuat demikian sebagai satu langkah membantah "Campur Tangan Eksekutif" yang telah dibuat melalui keputusan kes mahkamah rayuan sebelum itu.
Nah!!! Sekarang kita tuntut bukti yang sah dari Si Khalid tu mengenai tuduhan yang telah dibuat. Mana buktinya yang mengatakan wujud campur tangan tersebut?
Si Khalid ni perlu dedahkan siapa yang terlibat dan kenapa pihak tersebut nak masuk campur dalam urusan kes liwat Si Ketua Penipu tu sebelum ini.
Kalau setakat main cakap ikut sedap mulut je baik tak payah jadi pemimpin. Dia jugak yang sibuk mendabik dada kononnya dia memperjuangkan integriti dalam pentadbiran.
Tapi bila dia buat tuduhan macam tu, adakah ianya menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin yang ada mempunyai sifat 'Integriti' tu sendiri?
Nak pulak bila dia turut dikenali sebagai seorang ahli parti yang KONONnya memperjuangkan Islam. Maka, Islam tak ajar umatnya untuk menipu. Jauh sekali untuk membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh!!! Takkan itu pun Khalid tak tau jugak kot!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.