Sumber dari blog Pro Pakatan Haramjadah tu mendedahkan kononnya pihak Istana tak menghalang Si Kak Wan Omega tu nak jadi Menteri Besar Selangor selepas PRK nanti.
Katanya, seawal hari Isnin, sebaik sahaja mendapat perkenan Tuanku Sultan, maka Si Kak Wan Omega tu bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar Wanita Pertama di Malaysia.
Ini adalah kali kedua seorang wanita dilantik ke jawatan tinggi di negeri itu kerana Selangor sebelum ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila melantik Hannah Yeoh sebagai Speaker wanita - yang pertama seumpama dengannya berlaku di Malaysia.
Ini menunjukkan Pakatan Rakyat memang paling ke hadapan dalam soal meninggikan taraf wanita di Malaysia ini, bukan BN.
Difahamkan tanda tangan sokongan dari 43 wakil Pakatan Rakyat dalam DUN Selangor atas perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar telah pun diperolehi, cuma menunggu surat perletakkan jawatan dari Tan Sri Khalid Ibrahim saja untuk melengkapkan proses tersebut.
Serah tugas jawatan Menteri Besar akan dilakukan pada tengahari Isnin ini di Bangunan SUK, Shah Alam, jika majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar berjaya dijalankan pada waktu pagi.
Pada pagi Selasa, barisan Exco yang baru dijangka akan turut mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor dengan Khalid akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, Khalid akan menerima bayaran gaji dan kemudahan-kemudahan lain yang sedang dinikmatinya kini. Ini adalah sebahagian dari kompromi untuk Khalid mengosongkan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Wan Azizah.
Nampak sangat la tindakan puak - puak Pakatan Haramjadah ni dah masuk versi 'Desperado' sampai sanggup menjual nama pihak Istana dalam kancah Politik diorang.
Memang sah la yang puak - puak Pakatan Haprak ni jenis yang suka main langgar je ikut suka hati diorang. Mana diorang ada perasaan nak menghormati orang lain.
Punya la diorang kemaruk sangat nak mendapat sokongan dan perhatian, sampai tahap sanggup dia menjadikan istana sebagai modal untuk diorang meraih undi dari rakyat.
Hakikatnya, sumber yang diorang perolehi tu pun masih belum dapat disahkan dan dalam keadaan terdesak sebelum menjelang pembuangan undi esok, itu je caranya yang diorang mampu lakukan untuk menang!!! Caranya ialah dengan menipu rakyat!!!
Assalammualaikum wmt,
BalasPadamItu yg mereka dengar.
Tapi yg saya dengar pulak lain.
Kalau TS Khalid letak jawatan, Sultan kali ini mahukan wakil Pas pulak jadi MB.
Sultan ada kuasa dan ada banyak alasan logik yg boleh dihujahkan.
InsyaAllah, majoriti rakyat Selangor akan setuju beri peluang pada Pas pulak.....
Wallahhua'lam.