Sejak beberapa hari yang lepas, calon PKR di DUN Kajang tu kantoi menipu rakyat dengan kenyataan kononnya Si Ketua Penipu tu tak kenal juruterbang pesawat MH370 tu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kak Wan Omega tu jelas membuatkan beberapa orang terkejut dan mula mempersoalkan kenapa dia buat kenyataan sedemikian. (Klik sini)
Dalam pada masa yang sama, Si Ketua Penipu tu sendiri keluarkan kenyataan dalam FMT menuduh pihak Kerajaan sengaja mengaitkan dia dengan juruterbang pesawat tersebut.
Hakikatnya, pendedahan yang mengaitkan hubungan diantara Si Ketua Penipu tu dengan juruterbang utama pesawat MH370 tu bukannya dibuat oleh pihak Kerajaan.
Sebaliknya, yang mendedahkan hubungan mereka disiarkan oleh pihak media antarabangsa. Katanya, juruterbang tersebut merupakan penyokong tegar Si Ketua Penipu tu.
Apa yang menghairankan, kenapa sehingga hari ini Si Ketua Penipu tu sendiri tak ambik tindakan terhadap pendedahan yang dibuat oleh media antarabangsa tersebut?
Kenapa dia hanya mendiamkan diri sedangkan anak kesayangan dia sendiri pun dah mengakui bahawa media antarabangsa tu hanya membuat dakwaan palsu?
Nah!!! Sekarang persoalannya, berani tak Si Ketua Penipu tu nak ambik tindakan terhadap The Daily kerana menyiarkan laporan berkenaan didalam akhbar mereka?
Kalau media Malaysia yang buat pendedahan tersebut, dah tentu - tentu Si Ketua Penipu tu akan ambik tindakan tegas dan saman mereka beratus - ratus juta. Tapi kenapa dengan media antarabangsa dia tak berani pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.