Siapalah kita yang nak mempersoalkan bab ikhlas atau tidak doa yang dibuat oleh Kak Wan Omega kita ni? Itu bukan hak kita nak tentukan sama ada dia ikhlas atau sebaliknya.
SH bukan la nak memburukkan tindakan yang dibuat. Tapi dah memang itu hakikatnya. Bab berdoa ni, hanya urusan tuan punya badan dengan Allah je yang tau.
Waima kalau tuan punya badan tu berdoa tak ikhlas sekali pun, itu tetap urusan diantara dia dengan Allah. Tapi, tuan punya badan tu pun tak de hak nak kata dia ikhlas atau tidak.
Dalam Islam pun dah dijelaskan bahawa doa merupakan diantara langkah terakhir dalam setiap usaha kita sebagai umat manusia. Berdoalah kepada Allah untuk apa sekali pun.
Kalau doa kita tu untuk kebaikkan, maka baik la yang akan kita terima. Kalau doa kita tu buruk, maka buruk juga la yang kita akan dapat. Itu dah memang ditentukan dalam Islam.
Tinggal lagi, tujuan dia pasang papan tanda berdoa tu yang menjadi tanda tanya. Untuk apa dia naikkan papan tanda tu dan dipaparkan kepada orang ramai? Sebab nak rayu simpati?
Kalau setakat nak merayu simpati dari orang ramai, rasanya tak mendatangkan faedah lansung. Dia sepatutnya mintak simpati dengan Allah, bukan dengan manusia.
Adap kita nak berdoa ni, tak perlu nak tunjuk pada orang ramai. Cukup sekadar ianya diantara kita dengan Allah S.W.T je. Yang itu baru betul - betul ikhlas.
Tapi ye la. Itu masih lagi urusan diantara dia dengan Allah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sama ada Kak Wan berdoa tu ikhlas atau pun tidak.
Jadi, mari la kita bersangka baik sekali sekala terhadap calon PKR bagi DUN Kajang ni. Mana la tau, kot - kot dia betul - betul ikhlas berdoa untuk suami dia. Itu yang sebaiknya.
Nak pulak bila dia tau suami dia tu memang suka buat masalah yang tak tentu arah. Jadi, ada baiknya jugak dia berdoa untuk suami dia supaya dibukakan pintu hidayah. Semoga suami dia cepat - cepat bertaubat dan tak menyusahkan orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.