Jumaat, Mac 21, 2014


Saya sudah malas hendak menjawab tohmahan Anwar kerana ini semua adalah satu bahan ketawa semata-mata. Lagipun ia tidak ada modal untuk mempertahankan 'Kajang Move' dan ketandusan bahan untuk berceramah.

Suatu ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: "Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank."

Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan 'cash in circulation' di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari 'money circulation' tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di negara ini.

Bodoh kalau seseorang itu untuk mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi wang tersebut.

Sebagai Menteri Kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari 'circulation'. Bank Negara terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada lagi 'cash in circulation'. Tidakkah Menteri Kewangan tidak tahu perkara yang semudah ini?

Seperkara lagi, apa pula dengan Jabatan Kastam. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di destinasi di mana MAS hendak mendarat. Tengok apa jadi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Selain itu, Anwar kata dia tahu saya rasuah kerana beliau mengambil alih daripada saya sebagai Menteri Kewangan. Buktinya mengikut beliau, saya buka bank-bank di Eropah Timur dan Afrika. Mungkin beliau tidak tahu ada akta 'Money Laundering Act' dan jika ingin menjadi pengarah bank pun, tiap-tiap bank negara di setiap negara akan menyiasat sama ada seseorang itu adalah 'a fit and proper person'.

Lebih-lebih lagi jika ingin membuka sebuah bank, syarat dan undang-undang yang dikenakan adalah lebih ketat (stringent). Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau patut tahu mengenai perkara ini.

Tohmahan-tohmahan itu hanya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai dasar-dasar perbankan dan beliau akan menjadi bahan ketawa. Tolong jangan tunjukkan kejahilan anda.

Sekiranya ini adalah salah satu bahan gurauan di dalam ceramahnya, objektif beliau untuk menjadi seorang penghibur sudah tercapai.

PS: Buat apa susah - susah Tun Daim nak jawap tuduhan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu ni. Tak payah cakap banyak Tun. Saman je Si Ketua Penipu tu. Baru Padan Muka Dia!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Apa yg Tun Daim cakapkan tu memang benar.
    Tapi Anwar buat tuduhan itu untuk melihat reaksi Tun M. Maksudnya dia sendiri akan bawa ratusan juta ringgit ke luar negara - Indonesia, melalui pesawat peribadi semasa krisis kewangan sebelum dia dipecat.
    Itu sebab bila Anwar dipecat, Tun M terus batalkan kegunaan ringgit Malaysia note seribu dan lima ratus hingga kini.
    Nak tahu tanya bekas YB N. Balakrishnan.
    Nuar! Nuar!
    Tak sudah sudah perbodohkan diri sendiri yg akhirnya menyebabkan dia tinggal tiga beranak sahaja. Yg lain semuanya cabutttttt.....

    BalasPadam
  2. ramai yang tahu dan kenal siapa Nuar Berahi ni,,,,tapi tetap ada pengikut yang sama spesis dengannya.....habis cerdik kata orang kelantan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping