Heh!!! Ini baru betul orang kata Ahli Politik yang berseni. Dalam diam - diam ubi, ada isi. Dalam senyap - senyap dia boleh kasi "Smash" terduduk pihak lawan. Baru la dia kena Buku dengan ruas!!! Kalau tak sedar diri jugak, tak tau nak kata apa la!!!
KAJANG - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dianggap tersilap langkah jika melihat 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR sebagai laluan mudah pakatan pembangkang untuk ke Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang sebenarnya sia-sia malah menyusahkan rakyat.
"Tadi, waktu saya datang ke sini, (saya) ingat sudah tersalah tempat...saya nampak poster Wan Azizah tertulis dari Kajang ke Putrajaya.
"Beliau silap jalan tu...tujuan PRK ini adalah untuk pilih wakil rakyat Kajang dalam Dun Selangor," katanya ketika berucap pada majlis bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berharap pengundi Dun Kajang tidak terpedaya dengan mainan politik PKR, yang tidak lain hanya bertujuan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar.
"Pilihan raya ini semuanya berpusing-pusing antara Anwar dan keluarganya sahaja. Bila beliau tak dapat bertanding, dia suruh isterinya jadi calon. Jelas perjuangan mereka ini adalah perjuangan keluarga Anwar untuk jadikannya perdana menteri," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.