Itu pendirian terkini yang telah dibuat oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu mengenai calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. Katanya diorang menyokong penuh Kak Wan jadi calon.
Katanya, diorang yakin dengan Kak Wan dan pasti rakyat Kajang akan bagi mandat besar kepada Kak Wan agar dapat mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri nanti.
Pendirian tersebut telah dikeluarkan oleh Si Pak Berahim dalam satu kenyataan sambil menambah bahawa rakyat turut simpati dengan "Tragedi Malang" yang menimpa.
"Pas menyokong penuh pengumuman Anwar yang telah mengisytiharkan isteri beliau yang juga Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK Kajang," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sebaliknya, masa Si Ketua Penipu tu diumumkan jadi calon sebelum ini, PAS nak tak nak je menyokong. Malah ada yang siap mengecam tindakan yang dilakukan oleh PKR.
Kepimpinan PAS sediri secara terang - terangan mendakwa tindakan PKR itu dilihat sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan besar terhadap kepercayaan rakyat.
Malah mereka juga berikrar akan menolak Si Ketua Penipu tu sebagai calon sekiranya dia berhasrat nak menggantikan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar selepas PRK nanti.
Nampak sangat la yang sebenarnya PAS pun tak berapa nak terima kepimpinan Si Ketua Penipu tu kerana curiga dengan perangai buruk yang dilaporkan sebelum ini.
Mana tidaknya. Siapa pulak yang nak terima pemimpin yang didakwa melakukan salah laku moral oleh pihak mahkamah. Nak pulak diorang KONONnya memperjuangkan Islam.
Tambahan lagi, dakwaan terhadap salah laku moral "Luar Tabiie" jugak pernah didakwa oleh Si Karpal Whilchar tu pada tahun 1996/97 dalam dewan Parlimen.
Tapi apa nak heran ye tak. Dah memang itu perangai puak - puak PAS ni. Diorang ni sanggup sokong sesiapa sahaja yang boleh beri kelebihan Politik kepada mereka.
Cuma yang memalukan, PAS yakin terhadap pencalonan Kak Wan bukan disebabkan kredibliti serta kemampuan dia untuk mewakili rakyat. Sebaliknya, hanya sebab rasa simpati terhadap "Tragedi Malang" ciptaan suami dia sendiri!!! Itu lagi hina!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.