Jumaat, Mac 21, 2014


Pakar keselamatan Australia percaya jika dua objek yang dikenalpasti dalam satelit ditemui sah milik MH370, ia sama sekali menolak teori awal mengatakan ia berpunca daripada kesilapan teknikal.

Neil Fergus, pengarah Risikan Olimpik Sydney 2000 dipetik berkata dalam MailOnline, sekiranya berlaku kesilapan teknikal, tidak mungkin pesawat tersebut boleh berada di perairan Lautan Hindi.

Fergus berkata, sekiranya sah serpihan tersebut milik MH370, ia bermakna kehilangan pesawat Boeing 777-200ER tersebut disebabkan oleh penumpang atau anak kapal.
"Sekiranya serpihan yang ditemui itu milik MH370, berdasarkan lokasinya, kita boleh tolak ia disebabkan kesilapan teknikal," kata Fergus.

"Tidak mungkin jika kesilapan teknikal berlaku atau terbakar seperti disangka boleh terbang jauh sejauh ini. Ia menunjukkan campur tangan manusia."
Menurut Fergus, kerajaan Australia perlu fokus dalam mencari kotak hitam bagi mencari jawapan apa yang berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) tersebut.

ABC News sebelum ini melaporkan pencarian pesawat MH370 semakin genting dengan bateri kotak hitam tersebut hanya mampu bertahan selama 30 hari. Usaha mencari kini masuk hari ke-13, bermakna tinggal baki 17 hari untuk mencari kotak hitam.

Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.

Ini berikutan penemuan dua imej satelit dengan saiz  24 meter (79 kaki) yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air. Kerajaan Malaysia ketika ini masih menunggu pengesahan kerajaan Australia sebelum menghantar aset ke lokasi.

Pihak berkuasa Malaysia Isnin lepas meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac semasa perjalanan ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.

Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar daripada laluan asalnya – sama ada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.

PS: Kita hanya insan kerdil. Apa jua dalam kehidupan kita semuanya ketentuan Allah. Dan kepada Allah jua tempat kita kembali. Teruskan berdoa semoga dipermudahkan segalanya!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Bukan kesilapan teknilal,tapi kesilapan maknusia, lebih tepat pengkhianatan maknusia.Mungkin ada orang sudah tak senang duduk jika benar penemuan tersebut,kerana semuanya akan terungkai nanti.Para penumpang sudah pun di beri sijil bersih oleh pihak berwajib di seluruh dunia,tinggal kru yg perlu ditapis,tapi mustahil pula pramugari atau prmugara,yg boleh memandu pesawat sehebat itu.Antara dua,tapi hati saya menuju kearah itu....... dan berpunca dari itu.

    BalasPadam
  2. Yg herannya kenapa MAS tak dikesan dr. awal, oleh satellite Australia mahupun pengkalan US di Diego GarCIA, walaupun CIA dah yakin sgt. MAS melintasi atau terhempas di Lautan Hindi sebelum ini! Disyaki cebisan pesawat kalau jumpa, dibawa dari Diego Garcia, spt. yg. telah diramalkan Cabal Times dlm 'poll' dan artikelnya, dr. awal lagi!

    Lihat pengkalan tentera US di Diego GarCIA telah membatalkan semua penerbangan selama 3 HARI pd. hari MAS hilang (walau pengkalan Diego GarCIA ini juga ada 2,000 pekerja bukan tentera contohnya kontaktor dll – tapi latarbelakang dan pergerakan pekerja-pekerja ini dan pelawat -pelawat ditapis/dikawal dgn. ketat, dan kenderaan bermotor persendirian tak dibenarkan; lihat di http://www.militaryinstallations.dod.mil/pls/psgprod/f?p=132:CONTENT:0::NO::P4_INST_ID,P4_INST_TYPE:930%2CINSTALLATION )!

    Maka, K’jaan kita JANGANlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi! Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White HouseZIONIS itu!

    Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego GarCIA ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas Kepulauan Andaman dari awal lagi!

    Sedgkn tentu pengkalan militari US ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?; http://www.mazidulakmal.com/2014/03/diego-garcia-satu-kebarangkalian.html, DIEGO GARCIA : SATU KEBARANGKALIAN, Mac 20, 2014; dan http://musramrakunman.blogspot.com/2014/03/mh370-masuk-hari-ke-14-kehilangannya.html, MH370: Masuk Hari ke-14 Kehilangannya- Sebenarnya Amerika Tahu Di Mana Pesawat Itu, 20 March 2014; http://www.nst.com.my/nation/general/could-vital-info-be-down-under-1.520539, Could vital info be Down Under?, By HARIS HUSSAIN AND FARRAH NAZ KARIM, 19 March 2014 !

    Lihat di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html:

    Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs.

    March 19, 2014
    (Before It's News)

    By now, it should be obvious to people they are hiding something in Diego Garcia. The latest info just piles on top of a mountain of evidence that flight 370 is in a hangar in Diego Garcia.

    ….Notice they have completely erased all posts between March 6th, and March 9th. There is some very weird stuff going on down in creepy Diego Garcia, a place where the US operates completely independant of the constitution.

    Edit to add, here is a link to the Diego Garcia Passenger facebook page with the March 8th flight schedule. Notice all other flight schedules throughout the month all had several flights schedules. The fact that no flight were scheduled for 3 days during the time MH370 went missing, all maintenance crew most likely were off on leave. Great time to sneak in an aircraft.

    https://www.facebook.com/pages/Diego-Garcia-Passenger-Terminal/242934902443795

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping