Khamis, Mac 20, 2014


Nampak gayanya Si Azmin ni tetap tak puas hati biarpun Kak Wan Omega tu yang bertanding menggantikan Si Ketua Penipu tu di Kajang.

Rasa tak puas hati lahir tu disebabkan tujuan asal 'Langkah Kajang' atau Kajang Move tu adalah untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu dari terus menjadi Menteri Besar.

Hasrat Si Ketua Penipu tu nak menjejakkan kaki menjadi Menteri Besar Selangor terhalang ekoran keputusan mahkamah terhadap rayuan kes liwat dia sebelum ini.

Hakikatnya, keputusan tersebut bukan ketetapan yang dibuat oleh UMNO/BN. Sebaliknya, semua tu adalah ketetapan Allah S.W.T yang tidak membenarkan dia menjadi MB.

Realitinya, Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni dirancang hanya untuk memberi laluan kepada Si Ketua Penipu tu menjadi Menteri Besar. Bukannya dirancang untuk rakyat Kajang.

Tambah mengharukan keadaan ialah apabila kajian beberapa pihak baru - baru ini mendedahkan bahawa rata - rata rakyat Kajang mahu Khalid kekal menjadi MB Selangor.

Maka mula la Si Azmin tu jadi hilang akal dan meroyan tak tentu arah menyalahkan kajian yang telah dilakukan. Kata dia, kajian tu tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Kajang.
“Kajian itu menggunakan jumlah sampel yang kecil, ia tidak membayangkan kemahuan sebenar pengundi di Kajang.


“Kita yakin (Pakatan Pembangkang) akan tetap mendapat tempat di Kajang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi.
Heh! Pelik jugak. Kenapa sebelum ni sewaktu pihak UMCEDEL keluarkan keputusan kajian yang sama, Si Azmin ni tak nak pulak tolak dengan alasan sedemikian?

Walhal kajian UMCEDEL tu pun tidak mengambil kira kehendak keseluruhan rakyat di Kajang. Hanya sekitar kurang dari 15 peratus je yang terlibat.

Jadi, kenapa pulak Si Azmin tu nak meroyan tak tentu arah macam budak kecik yang tak dapat gula - gula? Kalau dalam hati tu ada perasaan dengki sesama sendiri, sampai ke sudah la dia takkan puas hati. Tu pasal la dia mudah hilang akal dibuatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping