Selasa, Mac 25, 2014


Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang Selasa untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan.

Najib menarik perhatian, selain solat jenazah ghaib, pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan berkaitan penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.

"Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut," katanya.

Tegasnya, ketika ini bukanlah waktu untuk mana-mana pihak mempolitikkan isu kehilangan pesawat tersebut sebaliknya mengambil peluang menunjukkan solidariti dengan keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

"Saya ingin merayu kepada rakan-rakan kita sama ada dengan parti kerajaan atau pembangkang...dalam krisis seperti ini, kita mesti menunjukkan rasa simpati kepada semua pihak yang menjadi mangsa kepada tragedi yang amat menyayat hati.

"Kita mesti tunjuk kematangan dan rasa cinta, lebih-lebih lagi perasaan sensitiviti kepada keluarga yang berada dalam keadaan begitu sedih dan pilu sekali," katanya.

Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa Kerajaan akan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan terhadap penumpang serta kru dan anak kapal pesawat tersebut.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping